Tak Salah Raikan Isteri Yang Bertungkus Lumus Untuk Kita Sepanjang Ramadhan, Setahun Sekali Aje Pun.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tiap-tiap tahun pasti perkara yang sama akan berulang semula. Di mana, suami letih melayan isteri shopping ataupun suami memarahi isteri kerana lama sangat memilih barang. Apa yang kita nampak hanya keletihan suami yang mungkin ambil masa beberapa jam sahaja tetapi bagaimana dengan keletihan seorang isteri pula?

Kalau tak ada isteri ketika bulan puasa ini, macam mana kita nak bangun sahur, macam mana kita nak dapat berbuka dengan makanan yang enak-enak. Bukan itu sahaja, siapa yang akan kemas rumah, buat kuih untuk pulang ke kampung bahkan nak pilih baju raya untuk anak-anak.



Itu belum ditambah menyediakan keperluan-keperluan asas untuk dibawa pulang. Haa, agak-agak kalau isteri tak ada, suami mampu uruskan semua ini? Kalau tengok sekali imbas nampak macam mudah sahaja nak buat semua ini tetapi hakikatnya isteri ini bertungkus lumus nak lakukan semua ini dengan baik sekali.

Cuba lihat pengorbanan isteri kita ini, tidak salah jika kita meraikan dan mengikuti kehendak mereka ini seperti yang dikongsikan oleh Farizal Radzali. Setahun sekali saja.

Kisah Ramadhan (tiap kali)

Para suami pening tiap kali isteri ajak shopping raya. Duit belanja tu satu hal, ada hal lain yang dia pening.

Task paling mencabar buat para suami ialah bila isteri ajak beli baju raya, bila isteri tanya cantik ke tak, nak kaler ikut tema, kena ikut design terkini. Pesanan buat suami, kalau isteri kata ada tema warna, sila belikan pakaian isteri terlebih dahulu. Jangan sesekali beli baju suami dulu sebab isteri tu rambang matanya. Dari rumah katanya tema biru, sampai shopping mall dia boleh tukar kaler tau.

Akan keluarlah pos-pos yang menunjukkan gambar para suami duduk menunggu sampai tertidur kat tepi shopping mall. Ramai. Kadang tak faham, di kala si suami dah letih lesu dengan panas & puasa, tapi isteri masih cergas masuk 20 kedai, tapi selai pun tak beli lagi. Walhal dari rumah tadi katanya letih. Hahahahahahah....

Ok, itu cerita suami. Sekarang kita buka cerita isteri.

Masuk je bulan puasa, task isteri paling panjang. Bermula dari malam ramadhan pertama. Dia dah start dengan menu sahur pertama.

Bangun pukul 4, ketung ketang kat dapur. Cuba buat seperlahan mungkin agar ahli keluarga lain tak terganggu tidurnya. Siap berhidang, task kedua, kejuntukan suami & anak-anak. Yang bangun dari katil baring balik kat sofa, yang tarik muka sedepa kerana tidurnya diganggu, yang tidur kat meja makan, macam-macam ragam la. Tapi isteri ini tetap senyum melayan kerenah si anak.

Habis sahur, task ketiga nak bukak posa nanti pulak. Kesian kat anak-anak & suami, berpuasa sepanjang hari, kepenatan di sekolah/tempat kerja, perlulah beri mereka makan makanan yang elok-elok, sedangkan isteri tu pun puasa juga, penat jugak. Tapi jarang dia kisahkan dirinya.

Task berbuka ni paling rumit. Dia masak bagai nak rak, ahli keluarganya minum air, capai kuih 2 ketul, kenyang dah. Kalau beli pun begitu. Akhirnya kena marah sebab membazir. Ok, esok masak sikit. Eloklah pulak hari masak sikit tu, ahli keluarga makan bersungguh-sungguh, sampai makanan tak cukup. Dah kena jugak, apasal masak sikit sangat hari ni?

Masuk minggu kedua, dah start task baru. Cari pakaian raya. Beli baju anak, takde saiz, masuk 5-6 kedai. Kena marah, "Masuk banyak kedai, selai tak beli lagi???" "Alaaa bang, tak dapat kaler sama. Ada kaler sama takde saiz pulak." Suami dah geleng kepala. "Tak payah la nak kaler sama, beli je la yang mana ada tu." Dapat suami penyabar takpelah, dapat suami tak sabar, depan orang ramai ditengkingnya isteri. Kesian.

Lepas tu task kuih raya pulak. "Awak buat kuih banyak-banyak ni nak buat apa? Kita bukannya duk kat umah, kita balik kampung. Lepas seminggu, orang pun dah jemu makan kuih raya," kena lagi. "Alaa bang, nak bawa ke rumah mak saya, nak bawa ke rumah mak abang lagi." "Adik beradik abang ramai, semua pun dah bawa, buat apa kita nak bawa lagi?" Kang bila tak bawa buah tangan, mulalah ada suara manja menegur, "hai, bini kau tak bawa kuih raya kat mertua ke Leman?" Maklumlah, raya kan. Tentulah ramai mak pak sedara yang datang dari pelbagai jenis orang. Suami ni pulak, bila berdepan dengan ahli keluarga dia, banyak jawapan dia lari dari apa yang dia cakap kat isteri dia kat rumah. Iyelah, sekali setahun jumpa keluarga ramai-ramaikan, kena la jaga hati keluarga. Hati isteri dah jaga hari-hari.

Task akhir, paling mencabar. Kemas beg balik kampung. Fuh!! Seminggu lagi nak balik kampung, dia punya task dah start. Baju anak baju suami baju sdiri. Baju malam, baju siang, baju jalan, baju dok rumah. Kalau balik rumah yang ramai ahli keluarga, toto bantal semua diangkutnya. Sampai kena perli la, "almari peti sejuk semua tanak angkut ke?" Boleh je dia bawa seminima mungkin, tapi nanti sampai kampung, itu tak cukup ini tak cukup, dengarlah suara, "dah tau anak ramai, bawa la baju lebih" siapa kena? Makkkk juga yang kena, bukan ayah. Ayah iyelah, pakai baju sama 3 hari pun takpe.

Sebenarnya kan, suami yang baik, dia akan nampak semua kebaikan isterinya. Dia akan tahu setiap apa yang isterinya buat hanyalah untuk keselesaan suami & anak-anak, selebihnya menjaga hati ahli keluarga dua-dua belah pihak. Untuk dirinya??? Baju cantik, warna berseri, tudung berlabuci, mekap seinci, berapa lama semua tu? Pagi raya je, lepas tu dia akan tukar pakai baju biasa dia, senteng tangan baju & bertungkus lumus buat kerja kat dapur yang tak pernah habis.

Setahun sekali, raikanlah dia. Bukan orang lain, isteri kamu juga. Dalam 10 yang dia buat, mungkin 1 untuk dia iaitu kepuasan bila melihat ahli keluarganya selesa. 9 lagi semua untuk orang lain.

Nukilan Farizal Radzali

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen