10 Ciri-Ciri Wanita Yang Sudah Bersedia Menjadi Isteri Dan Juga Ibu Yang Baik.

Untuk menjadi seorang isteri dan ibu, memang perlu ada persediaan fizikal dan mental. Malah, bersedia menghadapi dalam keadaan yang tidak terjangka juga. Sebagai contoh, mungkin ada segelintir daripada kita tidak menjangka akan memiliki cahaya mata dengan cepat atau pun lambat. Semuanya bergantung dengan persediaan kita.

Jadi, pada golongan lelaki yang mahu menamatkan zaman bujang, ini 10 ciri-ciri wanita yang sudah bersedia menjadi isteri dan ibu pada anak anda kelak…

1. Berhenti mencari keseronokan.

Seorang wanita akan mula berhenti mencari keseronokan sekiranya tahu tanggung jawabnya sendiri.

  • Berhenti berhibur dengan kawan-kawan 24/7 sehingga menghabiskan duit gaji.
  • Berhenti bersosial kerana mahu menjaga ikhtilat.
  • Berhenti menjadi seorang pemboros kerana tanggung jawab pada komitmen.

2. Mula meluangkan banyak masa di rumah sahaja.

Meluangkan masa di rumah bukan menandakan wanita tersebut adalah seorang yang membosankan, akan tetapi mula mencari perkara yang berfaedah daripada lepak di luar rumah sehaja. Mula terasa hanya membazir masa dan wang sahaja sekiranya setiap hari berhibur.

3. Menjadi semakin rapat dengan ibu bapa.

Bagi mereka yang kerja jauh daripada kampung halaman, kalau boleh setiap minggu mahu pulang ke kampung halaman. Bukan hanya kerana rindu, kerana menghargai setiap masa bersama kedua ibu bapa. Dan berfikir, sementara ibu bapa masih ada, lebih baik berjasa kepada mereka, nanti  dah kahwin kena taat pada suami pula.

4. Sentiasa ringan tulang.

Wanita ini juga mula menghargai masa dengan menjadi lebih rajin daripada biasa. Meluangkan banyak masa di rumah kerana mahu mengemas rumah, memasak dan seumpama dengannya. Kalau ibu minta tolong di kampung, tak ada liat sangat.

5. Tidak sibuk tentang bekas kekasih lagi.

Wanita ini tidak lagi sibuk berfikir tentang bekas kekasihnya lagi. Tidak lagi menjadi stalker terhebat di sosial media, malah tiada lagi perasaan apabila bertemu dengan bekas kekasih. Act like normal.

6. Mula mencari identiti diri sendiri.

Selain daripada itu, wanita ini mula mencari identiti sendiri kerana mahu memperbaiki diri. Mahukan yang terbaik untuk dirinya supaya memiliki anak yang baik seperti dirinya. Yelah, untuk mendidik anak-anak menjadi seorang anak yang soleh/solehah perlu dimulakan sebelum kelahiran mereka lagi.

7. Mula mencari ilmu tentang rumah tangga.

Sekiranya ingin bersedia menjadi seorang isteri dan juga ibu, sudah tentu wanita ini akan mendekatkan diri dengan ilmu rumah tangga. Sentiasa mendengar ceramah agama, motivasi dan membaca banyak bacaan tentang rumah tangga. Malah, corak perbualan dengan rakan-rakannya juga berubah menjadi lebih matang.

8. Tidak sibuk dengan sosial media.

Apabila sibuk untuk memperbaiki diri dan mencari ilmu, sudah tentu tidak sibuk untuk selfie, tidak sibuk untuk post status yang tidak berfaedah, tidak sibuk untuk meroyan dan seumpama dengannya. Daripada meroyan, lebih baik buat sesuatu yang bermanfaat.

9. Tidak sibuk dengan susahnya nak move on.

Orang yang putus cinta pasti sukar nak move on, ada yang sehingga bertahun-tahun meratap bekas kekasih sahaja. Sekiranya benar tidak kisah pasal bekas kekasih lagi, tidak la sibuk nak baca artikel pasal move on sangat.

Sebab move on tu bila kita dah terima hakikat yang dia bukan milik kita dan hanya sibuk tentang masa depan sahaja.

10. Sudah ada sedikit simpanan untuk berkahwin.

Dan yang paling penting adalah, wanita ini sudah mempunayi sedikit simpanan untuk perkahwinan. Dengan adanya simpanan tersebut, ia menandakan wanita ini sudah mula berdisiplin dan tahu tanggung jawab sendiri dimana ia adalah perkara asas dalam rumah tangga kelak.

Dan kesimpulannya, secara tidak langsung ciri-ciri ini akan membentuk akhlak yang baik juga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen