Dalam ilmu keibubapaan atau dipanggil parenting, ibu bapa tidak seharusnya mendidik anak-anak dengan 7 cara ini…
- Mengkritik.
- Mengherdik atau menyindir.
- Menuduh.
- Menipu.
- Mengugut.
- Membandingkan.
- Mengungkit.
Apatah lagi dengan nada yang menjerit-jerit ketika memarahi anak-anak. Ia secara tidak langsung akan menghasilkan anak yang ganas dan sukar di kawal.
Dalam Islam juga, ada adab-adab untuk memarahi anak seperti perkongsian dari Dr Ahmad Sanusi ini…
********
Jangan Kerap Marah Anak.
1. Rasulullah berpesan kepada kita bahawa sekiranya Allah berkehendakkan kebaikkan buat sebuah keluarga, maka akan dicampakkan rasa kasih sesama mereka.
Sabda Rasulullah:
“Sekiranya Allah menginginkan kebaikkan buat sesebuah keluarga, maka akan dicampakkan rasa kasih sesama mereka.” (HR Ahmad)
2. Malah dalam mendidik anak-anak, pendekatan berlembut adalah lebih baik daripada marah-marah.
Disebutkan di dalam hadith:
“Didiklah anak-anak dan janganlah kamu bersikap keras. Sesungguhnya pendidik (kepada kebaikan) itu lebih baik dari mendidik dengan kekerasan.” (Kasyf al-Khafa’)
3. Biarpun dalam hadith yang lain, terdapat saranan untuk bertindak tegas terhadap anak-anak yang meninggalkan solat, namun mendidik dengan kasih sayang itu lebih utama.
Ini kerana sifat marah-marah hanya akan mendatangkan kesan negatif.
4. Seorang sahabat Nabi bernama Jariah ibn Qudama al-Sa’di pernah bertanya kepada Rasulullah supaya diberikan nasihat kepada dirinya.
Lalu Rasulullah menasihatkan kepada beliau supaya jangan marah-marah. Lalu Jariah berkata kepada dirinya:
(Benar apa yang dinasihatkan oleh Rasulullah) Sesungguhnya sifat marah itu hanya akan menghimpunkan segala kesan jahat.” (HR al-Bukhari)
Semoga Allah membimbing kita.
********
Semoga Bermanfaat Pada Para Ibu Bapa!
Tinggalkan Komen