“Ganjaran Orang Yang Bersabar Adalah Syurga, Itulah Hakikat Kesabaran” - Ustaz Iqbal Zain-

Sabar adalah perkara yang sukar untuk kita lakukan apabila ia cuba untuk menghalang kita daripada melakukan maksiat. Sabar ketika berpuasa seperti menahan lapar dan dahaga, ramai sahaja yang boleh lakukan. Tetapi berapa ramai diantara kita boleh bersabar dengan mengelakkan diri melakukan maksiat?

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui hakikat kesabaran yang sebenar…

********

Sabar Yang Sebenar….

Kata Nabi SAW, Jika sabar di atas ketaatan itu mendapat tiga ratus hasanah, maka sabar di atas kemaksiatan mendapat enam ratus hasanah. Kerana sabar di atas maksiat memerlukan taqwa yang kuat, jiwa yang kuat untuk tidak melakukan maksiat

Dalam perjalanan seseorang itu, ke suatu tempat terkadang kita mengalami tanjakan, kadang turun, kadang melewati jalan yang mulus rata, kadang-kadang melewati jalan berlubang dan penuh kerikil, demikian halnya dalam menjalani kehidupan ini tidak selamanya bahagia.

Didalam hidup ini, tidak ada orang yang tidak mengalami masalah dan kesulitan kerana memang itulah episod kehidupan, namun untuk orang yang mukmin, orang yang luar biasa adalah orang yang mampu menciptakan dan memandang seluruh hidupnya didalam dunia ini positif, dan kesulitan menjadi bernilai positif juga baginya.

Tidak Lupa Untuk Bersyukur…

Dan dia tidak pernah lupa bersyukur ketika mendapatkan kesenangan dan selalu bersabar ketika mendapatkan kesulitan atau musibah. Memang sangat menakjubkan keadaan orang-orang yang beriman itu, kerana segala urusannya adalah sangat baik baginya.

Dan untuk itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman di mana apabila mendapat kesenangan dia bersyukur kepada Allah SWT. Maka yang demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila dia tertimpa kesusahan, dia sabar kepada Allah SWT, maka yang demikian itu adalah sangatlah baik baginya.

Allah SWT berfirman;

"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Aku, tiada sekutu bagi-Ku dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Ku. Barangsiapa yang tidak rela dengan ketentuan-Ku, tidak sabar terhadap ujian-Ku, tidak mensyukuri nikmat-Ku, dan tidak puas dengan pemberian-Ku, maka hendaklah dia menyembah tuhan selain-Ku.

Barangsiapa yang sedih terhadap kehidupan dunia ini, seolah-olah dia sedang murka kepada Allah SWT. Siapa yang mengeluh atas suatu musibah, bererti ia telah mengeluhkan Allah SWT. Sedangkan, hidup ini hanyalah sementara dan kita dihantar kedunia ini tujuannya adalah untuk diuji. Adakah kita menyangka, kita diciptakan diatas dunia ini Allah SWT membiarkan kita saja? Macam auto-pilot dibiarkan sahaja sesuka hati kita? Tidak. Tidak.

Setinggi Mana Kesabaran Kita Berbanding Kaum Terdahulu…

Didalam Al-Quran, Allah SWT berfirman;

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu mengaku sudah beriman, kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu ujian seperti yang telah berlaku kepada kaum-kaum yang terdahulu daripada kamu?”

Kaum-kaum yang terdahulu, mereka telah ditimpa kemiskinan kemusnahan hartabenda, dan serangan penyakit, serta digoncangkan oleh ancaman bahaya musuh. Sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersama mereka. Bilakah datangnya pertolongan Allah?

Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah SWT itu dekat.

Maka bersabarlah kamu dan berpegang teguhlah kamu kepada agama Allah SWT.

Ganjaran orang-orang yang sabar dan redha terhadap ketentuan Allah SWT adalah syurga. Dan syurga itu mahal. Apabila kita Bersabar atas Musibah dan Ujian kita akan mendapat sembilan ratus Hasanah.

Allah SWT memuji orang-orang yang sabar didalam Al-Quran. Dan banyak lagi kelebihan orang-orang yang sabar. Apabila Allah SWT ingin meninggikan darjat seseorang maka Allah akan memberikan ujian musibah kepadanya. Demikianlah ujian bagi orang-orang yang beriman. Moga-moga kita dapat bersabar dan redha dengan ujian ataupon musibah yang Allah SWT keatas kita.

********

Semoga Bermanfaat Dan Kita Faham Maksud Sabar Yang Sebenar!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen