Mak Ayah Jangan Sibuk Dengan Cari Nafkah Sahaja, Anak-Anak Ini Sedang Memerhati Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mak ayah zaman sekarang ini sememangnya terlalu sibuk mencari wang untuk keselesaan hidup anak-anak. Baik suami mahupun isteri, masing-masing pasti mempunyai kerjaya yang bagus sehingga kadang kala terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan kerja. Itulah yang menyebabkan mereka ini sering kali culas melihat tumbesaran anak-anak mereka ini.

Paling tidak menyenangkan adalah apabila tugas mendidik dan mengasuh anak-anak ini diserahkan pada bahu isteri seorang diri dan berhadap anak-anak ini menjadi orang yang berguna dikemudian hari. Perkara sebegini sememangnya berat sebelah, baik suami mahupun isteri, maisng-masing perlu tahu tugas mereka sebagai ayah dan juga ibu.



Mari kita sama-sama renungkan perkongsian daripada Puan Habiah Abd Kadir.

Kita as ibubapa, biarlah sayangi anak-anak kita seikhlas hati, bukan sebab anak-anak puji, sayang kat kita dulu baru perasaan sayang kita tu hadir. Masa ni, baru nak rasa restu dan redha. Kalo anak-anak tak terhegeh-hegeh tunjuk ambil berat, utamakan ibubapa... maka kita as ibubapa, tak restu!

Anak-anak ni cermin kepada ibubapa. Andai kita as ibubapa tak sayang, tak perihatin, tak melayan emosi mereka, tak amik berat... just fokus pada cari nafkah jer semata/ just fokus berbakti/ amik berat kebajikan orang lain jer, macamanalah anak-anak tu nak ikhlas buat yang sepatutnya tu kat kita.

100% diletakkan pada bahu dan tanggungjawab siibu, tanpa cakna lansung emosi siibu menguruskan anak-anak sendiri. Alasan... sebab siibu boleh diharap. Sebab fitrah yang telah Allah tetapkan iaitu ibu ni Allah beri dah boleh jaga anak. Fitrahnya gitu dah. So jangan nak mengadalah kata tak boleh nak jaga anak sendiri tanpa bantuan.

Sedih bila tengok ibu-ibu yang menghabiskan masanya dengan rumah tangga jer. Setiap hari buat rutin yang sama. Kekadang bercakap depan cermin dan meletakkan pelbagai watak cerita. Kejap jadi watak baik, ayu.. kejap jadi watak bengis, kejap jadi watak mak cik kepoh tapi tu jer pengubat stress dia.

Kekadang orang nampak dia bahagia.. disebalik raut wajah cerianya tu, kekadang dia menangis sendiri. Kekadang rasa menyampah bila tengok atau baca sharing ibu-ibu lain yang nampak havoc keluar shopping firstime bawak 4,5 anaklah tanpa suamilah... makan dengan 4,5,6 anak tanpa suamilah... ke hulu ke hilir atas jalan antar amik anak sekolahlah. Pastu, ramai pulak komen kata dia power, superwomanlah.. hebatlah.. hurmmm.... “aku ni hari-hari kot gitu” takde sapepun puji! Takde sapepun hargai!- emosi tak stabil, memang normal rasa macam tu.

Time anak-anak sihat, oklah sikitkan... tapi time anak-anak sakit pulak macamana? Tak ke berganda penatnya dia kena urus anak sakit sorang diri?

Kekadang dia rasa semua orang sedang hipokrit.

*Just sekadar cerita ceritut sahaja*

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen