Hilangkan Rasa Mual Semasa Dalam Perjalanan Jauh.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pulang ke kampung ketika musim perayaan adalah rutian setiap tahun yang akan dilakukan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia ini. Walaupun pemilihan kenderaan yang digunakan untuk pulang ke kampung ini berbeza tetapi jika ia melibatkan perjalanan jauh pasti akan mengakibatkan keletihan.

Tidak hanya itu sahaja, buat mereka yang menaiki bas, atau kereta pasti akan lebih terdedah terhadap kesesakkan jalan raya terutama jika anda bergerak keluar dari kota. Mana tidaknya berjuta-juta kenderaan setiap tahun akan berada dijalan raya setiap kali tiba hari-hari perayaan seperti ini.



Apabila terlalu lama di dalam kenderaan, tidak mustahil akan timbul rasa tidak selesa malah akan mengakibatkan anda terasa sedikit mual. Jadi bagaimana anda menghilangkan mual yang tiba-tiba muncul semasa dalam perjalanan pulang ke kampung nanti?

1. Lihat sesuatu yang jauh.

Sekiranya anda terasa sedikit mual atau ingin muntah semasa di adalam kenderaan, cuba perhatikan pandangan laur tingkap. Pastikan anda melihat atau memerhati objek yang agak jauh. Kaedah ini boleh melegakan loya dan pening apabila berulang-alik. Walaupun demikian, anda masih perlu menukar posisi duduk anda untuk mencari kedudukan yang lebih selesa dan mengurangkan pening dan mahu muntah semasa perjalanan .

2. Makan makanan ringan selepas berbuka.

Jika anda terpaksa membatalkan puasa anda ketika dalam perjalanan, elakkan mengambil makanan yang berat dahulu. Bahkan jangan melakukannya ketika kenderaan anda sedang bergerak. Lebih baik makan makanan ringan, seperti biskut, roti, bijirin, atau buah-buahan seperti epal dan pisang.

Makan makanan berat dan mengandungi banyak minyak seperti mi goreng atau nasi goreng semasa dalam perjalanan akan menjadikan keadaan anda lebih buruk kerana jenis makanan ini mengambil masa yang lebih lama untuk dicerna.

3. Jangan baca buku atau bermain gadget.

Ketika dalam perjalanan, biasanya anda akan melakukan sesuatu untuk mengelakkan rasa bosan di dalam kenderaan. Untuk mengelakkan rasa mual, anda tidak digalakkan untuk bermain gadget atau membaca buku ketika kenderaan bergerak. Elakkan melakukan aktiviti yang memaksa mata untuk bekerja lebih keras.

Cuba bertukar kepada aktiviti lain seperti mendengar muzik, buku audio , atau memanfaatkan waktu tidur jika anda terlalu bosan di dalam kenderaan.

4. Cari posisi yang selesa.

Ini adalah perkara yang paling penting sekali. Untuk mengelakkan anda berasa loya sepanjang anda berada dalam kenderaan, pemilihan tempat duduk anda adalah tersangat penting. Jika anda menaiki kereta mungkin anda tidak mempunyai pilihan. Tapi anda boleh cuba untuk bersandar ataupun memandang terlalu lama kerusi bahagian hadapan terlalu lama.

Tetapi jika anda menaiki kapal terbang atau bas, anda boleh memilih untuk duduk dibahagian depan ataupun diruangan tengah.

5. Berbual.

Jika pulang ke rumah dengan keluarga, jangan ragu untuk bersembang dengan ahli keluarga. Kaedah itu menjadi salah satu cara yang berkesan untuk menghilangkan mual semasa perjalanan kerana fikiran anda menjadi terganggu.

Jika anda bersendirian dengan pengangkutan awam, tidak salah dengan mengenali orang baru, cuba untuk berbual dengan rakan kiri atau kanan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen