Raya-Raya Juga, Kesihatan Kena Jaga. Ini Cara Mengawal Kolesterol & Lemak Semasa Menikmati Juadah Hari Raya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seronoknya makan waktu Hari Raya ini. Pelbagai jenis juadah tersedia di depan mata. Bukan itu sahaja, boleh makan sampai kenyang. Tidak cukup dengan hidangan di rumah sendiri, hidang di rumah jiran-jiran dan saudara mara pulak kita rasa.

Pergi mana-mana pasti penuh dengan makanan, sampai naik kembung perut asyik makan sahaja. Walaupun perut dah rasa kenyang, tetapi mulut masih lagi mahu menerima. Mana tidaknya, setiap ajakan tuan rumah tak sampai hati nak ditolaknya, kesudahnya diri sendiri yang termengah-mengah.

Haa, makan banyak sangat tak takut ke kalau gula, kolesterol dan lemak dalam badan kita ini naik?

Mata dengan mulut memanglah nampak semuanya sedap tapi jangan lupa nak jaga dan kawal demi kesihatan tubuh badan kita sendiri juga. Kalau main ikut sedap mulut dan terima semuanya, takut nanti diri sendiri yang menyesal.

Mari kita lihat perkongsian daripada Dietitian Fizah Sobri mengenai pengambilan makanan pada Hari Raya dengan betul.



Risau benar musim raya nanti semua naik. Gula naik, kolesterol naik, lemak naik. Makan semua sedap sedap. Tapi kena tahu makanan mana boleh naik gula, makanan mana boleh naikkan kolesterol atau lemak.

Iyeeee semua lain lain

Harini kita cerita tentang Kolesterol dan Lemak

Dari pemerhatian saya (bukan kajian ye) individu yang ada masalah KOLESTEROL tinggi kadang kadang tak gemuk, BMI normal, malah ada yang hampir underweight lagi, maka kandungan lemak dalam badan mereka mungkin dalam peratusan normal.

Yang obese atau overweight pula akan ada masalah LEMAK pulak tinggi lebih dari yang sepatutnya dalam badan tapi bacaan kolesterol boleh normal..

Apakah???

“KOLESTEROL BUKAN LEMAK
LEMAK BUKAN KOLESTEROL
TAPI MEREKA ADALAH ADIK BERADIK”

Perbezaan KOLESTEROL VS LEMAK

Kolesterol

i. Hanya ada dalam makanan berunsur haiwan sahaja (maka santan,minyak masak tiada kolesterol)

ii. Hanya boleh dapat bacaan melalui pengambilan darah (tak boleh scan)

iii. Mendapan kolesterol sebesar kepala jarum peniti dah cukup untuk buat salur darah sumbat

Lemak

i. Ada dalam sumber haiwan dan tumbuhan

ii. Boleh dapat bacaan melalui scan badan (x-ray, mri,machine body analyzer), tak perlu ambil darah

iii. Lemak berada di luar darah membalut organ dan bawah lapisan kulit, memberi beban kepada organ bekerja overtime

Untuk turunkan KOLESTEROL mesti amik kira LEMAK juga

Saranan dari American Heart Association 2018 menyatakan bukan sahaja sumber kolesterol tinggi tapi cara masak makanan yang mengandungi kolesterol juga memberi impak kepada kandungan kolesterol dalam badan


3 LANGKAH/STEPS asas untuk turunkan kolesterol



1. Elakkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol.

Contoh makanan tinggi kolesterol

• Telur
• Organ dalaman
• Seafood

*makanan-makanan ini hadkan kepada 1 serving every other day

Lemak tepu(saturated fat)

• Butter
• Kulit ayam
• Makanan berminyak/bergoreng
• Susu pekat manis
• Santan

*kurangkan pengambilan makanan mcm ni. Jika boleh hadkan ke sehari (contoh kalau pagi dah ambil nasi goreng tengahri dan malam ambil lauk sihat seperti bakar, tomyam, singgang lain-lain)

Lemak trans

• Makanan fast food
• Makanan bakeri
• Makanan yg digoreng berulangkali

*Makanan ini ambil max 2kali seminggu tu pun paling paling satu hidangan sahaja sebab pengambilan makanan ini boleh meningkatkan kadar kolesterol 4x ganda lebih cepat banding dengan makanan yang tinggi kolesterol



2. Tingkatkan both insoluble and soluble fiber(serat larut air dan tidak larut air)

• Serat ini mampu nak menghalang kolesterol dari makanan anda diserap masuk dalam badan

• Serat larut air datang banyak dari fruits.utamakan fruits yang tidak bermusim(jambu,epal,pear,lai) ambil sekali dengan kulit

• Insoluble atau serat tidak larut air kebanyakan datang dari sayur hijau.

Perlu ambil antara 6-8hidangan sehari sayur dan buah(1 hidangan adalah sebanyak 2 senduk sayur masak sekali makan dan buah sebesar buku lali anda)

Boleh membantu turun darah tinggi juga.



3. Ambil beta glucan dan sterols untuk bantu keluarkan kolesterol tinggi yg sedia ada dalam badan

Beta glucan sumber dari oats,wheat,barli (min 6 sudu besar sehari)

Sterols datang dari susu khas utk turun kolesterol (hl wrna hijau,nestle omega wrna merah dan anlene heart health). Ikut saranan 2x sehari pengambilan.

Start sikit sikit DARI SEKARANG...jangan sekali buat segedebuk semua nanti susah nak ikut..jangan tunggu lepas raya nak buat, nanti ada yang menangis tengok scale..hahaha

Tu yang diet ke laut dan jadi tak konsisten

Sekian
Dietitian Fizah Sobri

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen