Siapa Kata Jus Buah Baik Untuk Kesihatan Kita? Baca Ni!

Untuk mengamalkan diet pemakanan yang sihat, ramai juga dikalangan kita mengambil jus buah sebagai minuman yang sihat. Ada yang buat sendiri di rumah atau pun beli sahaja di pasaraya. Namun, apa yang anda perlu tahu adalah, tidak kira mana-mana jenis jus buah sekalipun, ia tidak bagus untuk kesihatan sebenarnya.

Sudah sedia maklum, jus buah di pasaraya memang tinggi kandungan gula sebenarnya, dan tidak bagus juga dihidangkan pada anak-anak.


Kredit: Google

Menurut kajian pula, jus buah biasanya diperah bagi mendapatkan jusnya sahaja. Itu sebabnya kebanyakan jus tidak memiliki pulpa atau isi buah selain mempunyai kadar gula yang jauh lebih tinggi berbanding serat. Hakikatnya, jus buah-buahan sebenarnya tergolong di dalam kategori makanan yang tidak sihat sama seperti makanan ringan dan makanan segera.

Miliki Kandungan Gula Yang Tinggi.

Jus buah-buahan sebenarnya memiliki kandungan gula dan kalori yang sangat tinggi, sama dengan minuman berkarbonat bahkan lebih lagi. Sebagai contoh, lihat perbezaan antara 12 auns (350 ml) sejenis minuman berkarbonat dan jus epal di bawah:

  • Jus Epal: 165 kalori dan 39 gram gula yang bersamaan 9.8 sudu kecil.
  • Minuman berkarbonat: 140 kalori dan 40 gram gula yang bersamaan 10 sudu kecil.

Tidak Mempunyai Nutrien Yang Mencukupi.

Jus buah-buahan mengandungi vitamin, mineral dan antioksida yang mencukupi namun kekurangan serat yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Sebagai contoh, jus oren mempunyai vitamin C, vitamin B1, vitamin B9, potasium, dan antioksida yang mampu melancarkan antioksida dalam darah.

Namun jus oren turut mengandungi kandungan gula dan kalori yang tinggi jika hendak dibandingkan dengan makanan yang lain seperti sayur-sayuran segar ataupun daging. Jus buah-buahan tidak mempunyai kandungan nutrien yang cukup berbanding makanan yang lain.

Akan Hidapi Penyakit Jika Kerap Mengambil Jus Buah.

Pengambilan jus buah-buahan secara berlebihan akan menyebabkan obesiti. Ini disebabkan oleh jus yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Jus buah-buahan juga menguandungi fruktosa yang hanya boleh dileraikan oleh hati.

Namun jika amaun fruktosa ini berlebihan, hati tidak akan mampu untuk meleraikan dan fruktosa yang terkumpul ini akan menjadi lemak. Ini akan menyebabkan terjadinya obesiti. Selain obesiti, pengambilan jus yang berlebihan juga akan mendatangkan pelbagai penyakit lain antaranya diabetes.

Sebaiknya cuba mengambil 8 gelas air setiap hari. Jika anda benar-benar benci minum air kosong, letak sehiris lemon atau limau untuk penambah rasa supaya tiada rasa payau. Yang penting minum air untuk kekal hidrasi!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen