Jom Ketahui Personaliti Gadis Yang Anda Minat Dalam Diam Masa Raya Nanti, Melalui Gaya Tudungnya.

Orang kata, masa hari raya lah kita akan bertemu dengan ramai orang dan dalam pada masa yang sama boleh mencari jodoh juga. Bila dah bertemu pasti ingin berkenalan, tetapi tidak tahu macam mana personaliti gadis yang anda suka dalam diam itu sebenarnya.

Ada sebahagian lelaki sukakan gadis yang simple dan bertudung bawal, ada juga yang suka dengan gadis yang hanya memakai selendang. Namun, semuanya mengikut citarasa tersendiri.

Tanpa lengahkan masa, jom lihat personaliti gadis mengikut gaya tudungnya…

1. Tudung bawal cotton.


Kredit: Bella

Tudung bawal adalah tudung yang paling mudah untuk dipakai bagi semua gadis. Namun, tidak semua golongan gadis suka dengan tudung jenis ini kerana terlalu simple dan terhad untuk berfesyen. Akan tetapi, gadis yang memang gemar dengan tudung bawal cotton ini, mereka ini tidaklah merumitkan dan senang untuk dijaga.

Gadis ini juga kelihatan mudah dibawa berbincang.

2. Selendang atau shawl biasa.


Kredit: ElfiraLoy

Gadis yang gemar dengan selendang atau shawl ini kadang-kala merumitkan, kadang-kala boleh bersikap normal. Mereka adalah seorang yang sukar dijangka dan mudah swing mood. Kadang-kala mahu menjadi seorang berdikari, kadang-kala amat clingy dengan pasangannya.

Oleh disebabkan moodnya mudah berubah, gadis ini kelihatan cerewet memilih rakan sebayanya.

3. Shawl atau tudung bawal jenis satin.


Kredit: MissFazura

Gadis yang suka dengan shawl atau tudung bawal jenis satin adalah gadis yang suka dengan sesuatu yang baru. Mereka juga kreatif dan suka berfesyen. Sikapnya agak merumitkan, mahu segala urusan dilakukan dengan cermat, teliti dan boleh dianggap perfectionist.

Jika nak berbual dengan gadis ini pun, perlu pilih topik yang mereka suka sahaja.

4. Tudung blink blink.


Kredit: DSV

Gadis yang gemar dengan tudung blink blink atau pun mempunyai banyak manik adalah seorang yang suka menarik perhatian orang ramai. Kalau boleh dirinya mahu menjadi perhatian dan tidak boleh kalau tiada seorang pun tidak memberi perhatian kepadanya.

Kadang-kala merimaskan pasangan atau orang sekelilingnya.

5. Turban.


Kredit: Yuna

Turban boleh dikatakan trend dan fesyen terkini untuk para gadis. Bagi gadis yang gemar dengan turban ini, mereka ibarat mahukan kebebasan dan kalau boleh mahukan orang sekeliling mendengar kata-katanya. Gadis ini boleh dikatakan ada ciri-ciri ‘Leader’ kerana mampu berkomunikasi dengan baik dan mempunyai pelbagai topik menarik yang boleh dijadikan sebagai inspirasi.

6. Tudung labuh.

Sudah sedia maklum, gadis bertudung labuh lebih manis dipandang dan boleh dianggap seorang gadis yang alim. Namun, dirinya tidak lah begitu sempurna dan tidak suka orang menilai dan menghakimi dirinya daripada luaran.


Kredit: IrmaHasmi

Jadi, berhati-hati apabila berbual dan melontarkan idea kepada gadis ini kerana mereka adalah seorang yang terlalu berhati-hati dengan keadaan sekelilingnya.

7. Tudung Sarung.


Kredit: NurShahidaDherbs

Gadis ini yang gemar memakai tudung sarung pula boleh dikatakan mudah dilentur egonya. Walaupun kadang-kala ‘complicated’ tetapi setiap masalah pasti ada solusi. Malah, gadis ini bukan seorang yang degil dan mudah mendengar kata.

Gadis Pilihan Anda Yang Mana Ya?

*Sekadar hiburan semata-mata*

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen