Banyak Jemputan Open House? Ini Cara Kawal Berat Badan Naik Masa Raya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebulan berpuasa sememangnya sangat menyeronokkan kerana mampu menurunkan berat badan. Ada yang berjaya menurunkan sebanyak 5kg atau 10 kg apabila ibadah puasa itu disertakan dengan diet yang betul.

Namun begitu, juadah ketika Hari Raya ini sememangnya sangat menguji keimanan serta sangat menyelerakan sesiapa sahaja. Tapi kalau ikutkan nafsu dan tidak kawal pemakanan kemungkinan berat akan naik semula bahkan boleh jadi bertambah berbanding sebelum berpuasa. Itu belum ditambah dengan open house yang akan menunggu sepanjang bulan Syawal ini. Aduhh, macam mana nak kurus semula ini.



Pada hari tersebut, biasanya setiap keluarga menyajikan menu khas hari raya, seperti rendang ayam, rendang daging, nasi impit, kuah kacang, dan masakan lazat lain. Hal ini tentu menambat selera makan anda, rasanya mungkin anda ingin makan semuanya. Tapi ingat, terus jaga berat badan anda semasa hari raya. Anda tentu tidak ingin berat badan naik selepas raya.

Kenapa berat badan naik selepas raya?

Memang sangat sukar dalam menahan diri untuk tidak makan banyak di hari raya. Menu-menu khas hari raya dengan kuih raya, ditambah lagi dengan minuman segar tentu membuat anda ingin makan lebih banyak (khusus di hari raya). Lebih-lebih lagi, makan dengan ditemani sanak saudara membuat suasana makan lebih menyeronokkan.

Hal ini membuat anda “terlalai” dan tidak memerhatikan apa dan sudah berapa banyak makanan yang anda makan. Makanan yang anda makan di haro raya biasanya makanan yang tinggi lemak dan gula, yang membuat jumlah kalori yang masuk ke tubuh anda berlebihan. Tidak peliklah, berat badan naik selepas hari raya.

Setelah hari raya, hari cuti pun masih panjang, membuatkan anda masih ingin bermalas-malasan di rumah atau pergi ke tempat pelancongan sambil menikmati pelbagai jenis makanan. Hal ini membuatkan anda lupa untuk bersenam. Akhirnya, kalori yang masuk lebih besar berbanding kalori yang anda keluarkan.

Tip menjaga berat badan agar tidak naik selepas hari raya

Untuk tetap menjaga berat badan agar tidak naik setelah hari raya, kuncinya adalah kalori yang masuk ke dalam badan sama dengan kalori yang dikeluarkan. Anda mungkin boleh mengikuti tip di bawah ini untuk menghalang berat badan naik selepas hari raya.

1. Jangan abaikan rasa kenyang, makanlah berpada-pada

Berhenti makan sebelum anda kenyang. Jangan membuat diri anda terlalu kenyang, ini akan membuat anda menjadi malas bergerak. Sebaiknya, makan dengan kesedaran penuh dan tanpa gangguan supaya anda boleh merasakan makanan yang masuk ke dalam tubuh.

Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan sambil melakukan hal lain cenderung untuk makan berlebihan. Kerana mereka kurang mampu mengetahui apabila badan memberi isyarat kenyang. Sebaliknya, makan dengan perlahan dan tanpa gangguan dapat membantu anda mengenali rasa kenyang lebih baik, sehingga anda mengambil kalori lebih sedikit.

Kenali juga rasa lapar anda dengan baik. Pastikan anda benar-benar lapar bukan hanya lapar palsu sebelum mengambil makanan. Cuba minum satu gelas air terlebih dahulu dan tunggu sekurang-kurangnya 20 minit untuk mengetahui anda benar-benar lapar atau tidak.

2. Jaga pola makan, termasuk kekerapan, hidangan, dan jenis makanan

Walaupun di hari raya, bukan bererti anda bebas untuk makan apa sahaja yang anda inginkan. Sebaiknya tetap perhatikan kekerapan dan hidangan makan anda, jangan terlalu berlebihan. Anda mungkin boleh memakai piring kecil untuk mengehadkan hidangan makanan anda.

Perhatikan juga jenis makanan yang anda makan. Pada hari raya, anda cenderung untuk lebih banyak mengambil makanan berlemak berbanding makanan berserat. Sebaiknya, seimbangkan jenis makanan yang anda makan. Jangan lupa untuk banyak makan sayur dan buah-buahan di hari raya, kerana serat yang terkandung di dalamnya dapat mencegah anda daripada naik berat badan.

Bukan hanya makanan berat, perhatikan juga makanan ringan dan minuman yang anda ambil pada hari raya. Kuih-kuih khas hari raya yang manis dan sirap manis sewaktu hari daya tanpa anda sedari boleh menyumbang kalori lebih kepada badan anda. Biasanya anda tidak memerhatikan sudah berapa kuih yang anda makan dan sudah berapa gelas sirap yang anda minum. Hati-hati!

3. Tidur secukupnya, kawal stres, dan tetap bersenam walaupun cuti setelah hari raya

Kurang tidur boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Hal ini kerana orang yang kurang tidur cenderung mengambil lebih banyak kalori dan kurang aktiviti fizikal. Penting bagi anda untuk tetap mendapatkan tidur yang cukup sepanjang hari raya dan cuti hari raya.

Kurang tidur juga boleh menyebabkan anda stres,yang kemudian menyebabkan berat badan naik. Sebaiknya lakukan hal yang menyenangkan untuk mengelakkan stres pada hari cuti. Ada banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan stres, salah satunya adalah bersukan.

Selain untuk mencegah stres, bersukan di hari cuti raya juga dilakukan untuk mengimbangi kalori yang masuk ke dalam badan anda sehingga berat badan lebih boleh terkawal. Hanya bersantai-santai di rumah, menonton televisyen sambil menikmati kuih raya, tentu boleh membuat berat badan naik selepas hari raya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen