“Jangan Mengharapkan Pasangan Berubah, Kalau Kita Sendiri Pun Tak Nak Berubah…”

Dalam hubungan sesama manusia, tidak kira sama ada hubungan dengan sahabat handai, adik-beradik, majikan dan pekerja, termasuklah yang sedang bercinta, semuanya mengharapkan perubahan.

JANGANLAH ANDAI TIDAK BERUBAH, MAHU MEMUTUSKAN HUBUNGAN.

Ini kerana sebagai manusia, sudah lumrah dunia kita mahukan orang di sekeliling kita memilliki perilaku yang sama, pendapat yang sama, fikiran yang sama kerana tidak mahu berlakunya pertelingkahan. Hanya kerana perbezaan sikap, ada sahaja di antara kita yang sanggup memutuskan hubungan silaturrahim dimana ia di cela oleh Allah SWT.

Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam Surah Muhammad ayat 22-23;

“(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?”

“(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya”

Dan juga…

Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)

JANGANLAH ANDAI TIDAK BERUBAH, MAHU TERUS DITINGGALKAN.

Berkenaan dengan jodoh atau pasangan….

Ramai sahaja dikalangan kita, apabila sesuatu hubungan tersebut merumitkan pasti ingin terus ditinggalkan. Ini kerana hati kita tidak kuat untuk mengharungi cabaran lebih-lebih lagi bersama pasangan, tidak kira bagi mereka yang sedang bercinta atau sudah berumah tangga.

Apabila terlalu mengharapkan pasangan yang berubah berseorangan, secara tidak langsung kita tidak fokus untuk diri sendiri.

Tidak fokus untuk diri berubah demi pasangan…

Tidak fokus untuk menjadi ‘air’ pada pasangan…

Tidak fokus untuk menjadi positif pada pasangan….

Ini kerana kita terlalu mementingkan diri dan mempertahankan ego sendiri sahaja, sehingga tidak nampak dalam perhubungan tersebut seharusnya saling melengkapi antara satu sama lain.

Kalau kita sendiri pun tidak mahu berubah, bagaimana untuk mengharap pasangan untuk berubah?

JANGAN TERLALU MENUDING JARI.

Kita tidak mahu atau sukar untuk berubah kerana terlalu menuding jari pada pasangan…

Kita terlalu nampak kesalahan pasangan, padahal diri sendiri juga ada melakukan kesilapan…

Kita terlalu jarang untuk berlapang dada apatah lagi bermuhasabah diri…

JENTIK HATI PASANGAN DENGAN PERUBAHAN KITA.

Lumrah manusia mempunyai ego diri sehingga menjadi seorang yang degil dan sukar mendengar kata. Tidak ramai dikalangan kita mampu berubah hanya dengan mendengar nasihat, kata-kata semangat dan membaca teori semata-mata.

Ini kerana ramai sahaja dikalangan pasangan yang mahukan teman mereka berubah dengan menghantar artikel atau kata-kata azimat untuk berubah, namun semuanya kekal tiada perubahan.

Oleh sebab itu, perlu dimulakan dengan diri sendiri sekiranya mahu pasangan berubah.

Sepertimana kita berubah menjadi seorang muslim yang lebih baik untuk Ilahi, bukan berubah semata-mata, tetapi perlu beristiqamah sepanjang perubahan tersebut supaya dapat menjentik hati pasangan apabila melihat kita.

Tegakkan tiang agama, maka secara tidak langsung ia akan mengukuhkan lagi hubungan kalian berdua.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen