Sejenis Kentut Bersepah? Cuba Kurangkan Dengan Teknik Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Terpaksa tahan kentut bila berdepan dengan orang ramai sudah tentulah bukan perkara yang mudah. Bukan tidak boleh lepaskan sahaja, tetapi kalau bunyinya agak kuat pasti ia akan memalukan diri sendiri nanti. Dah laa kadang kala kentut ini tidak boleh dikawal.

Mengaku sahajalah ramai yang berdepan dengan perkara ini. Kadang kala rasa nak mengeluarkan angin ini bukan sebab sakit perut atau kembung perut, bahkan angina yang keluar juga tidak berbau. Jangan risau ini adalah perkara normal yang berlaku pada sesiapa sahaja. Ada ketika kita akan kerap kentut dan ada masanya tiada langsung.



Kentut juga salah satu proses penghadaman dan cara untuk mengeluarkan angin dari dalam badan. Angin atau gas yang terkandung dalam badan ialah terjadi semasa makan atau minum. Gas-gas lain pula dari pencernaan yang berlaku.

Kalau nak berhenti kentut ini memang perkara yang sangat mustahil. Apa yang kita boleh keluarkan ada mengurangkan sahaja. Tapi bagaimana?



Berikut adalah cara-cara mengurangkan pengeluaran angin di dalam badan.

1. Makan dengan perlahan

Kunyah makanan dengan cermat dan perlahan-lahan. Cuba tukar tabiat mengunyah makanan anda yang cepat itu kerana ia dipercayai membawa masuk lebih banyak angin. Sama juga elakkan makan ketika berjalan atau membawa kenderaan.

2. Kurangkan minuman soda

Air berkarbonat, soda atau dikenali sebagai air gas sudah terang lagi bersuluh mempunyai kandungan gas. Jauhkan diri anda dari minuman sebegini dan gantikan dengan air putih, teh atau jus bebas gula.

3. Buang air besar

Ikhtiar untuk tidak lagi sembelit kerana najis yang terlalu lama didalam usus boleh menghasilkan gas yang berbau. Anda bukan sahaja merasa tidak selesa malah akan mengalami buang angin yang busuk! Perbanyakkan minum air putih dan lebihkan makan buah dan sayuran.

4. Tingkatkan aktiviti fizikal

Rajinkan diri untuk sekurang-kurang bersenam tiga kali sehari. Ia membantu proses percernaan lebih cepat dan efektif. Ketika anda bersenam juga boleh mengeluarkan angin lebihan dalam perut. Selepas makan anda boleh berjalan perlahan untuk membantu penghadaman.

Selamat beramal dan kurangkan angin ya!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen