6 Ciri-Ciri Lelaki Yang Memahami Hati Dan Perasaan Wanita.

‘Wanita seorang yang sangat merumitkan’

Tidak ramai lelaki yang mampu memahami hati dan perasaan wanita kerana ego dalam dirinya. Hanya kerana wanita seorang yang merumitkan, ramai dikalangan lelaki mengambil jalan mudah untuk tidak mempedulikan perasaan wanita kerana menganggap ianya tidak penting.

Bukan sahaja tidak penting, malah merasakan ia perkara yang membuang masa dan meremehkan dirinya.

Rimas!

Itu yang lelaki dapat rasakan.

Kalau masih bujang boleh lah nak pentingkan diri dan tidak mengambil kisah. Jika sudah berumah tangga, jangan mimpi lah nak jadi macam orang bujang balik. Alamatnya, isteri entah ke mana, rumah tangga terabai.

Untuk mengetahui lelaki yang mampu memahami hati dan perasaan wanita adalah seperti berikut…

1. Mampu melenturkan ego.

Lelaki ini mampu untuk melenturkan egonya tanpa berfikir panjang. Dengan berfikiran rasional, buat apa nak berfikiran ego dengan wanita yang dia sayangi, kalau itu yang bakal makan diri. Dalam situasi sebegini lelaki ini mampu berfikir sebelum bertindak, dan tidak mengikut ego diri sahaja.

2. Mempunyai perasaan empati yang tinggi.

Apabila seorang lelaki mampu untuk memahami hati dan perasaan wanita, sudah tentu dia memiliki empati yang tinggi dalam dirinya. Lihat didikan daripada ibu bapanya sendiri, jika itu yang diterapkan sejak dari kecil, pasti beruntung bakal isterinya kelak.

Perasaan empati tersebut adalah seperti ringan tulang tanpa disuruh, mengambil berat, tidak boleh melihat orang lain dalam kesedihan atau kesusahan dan seumpama dengannya.

3. Tahu untuk memujuk.

Tahu memujuk adalam impian setiap wanita terhadap kekasih atau suaminya sendiri. Wanita manalah yang suka pujuk dirinya sendiri, pasti ingin pasangannya yang tahu cara untuk memujuknya. Beruntung sekiranya wanita dapat memiliki lelaki ini kerana mereka tahu cara untuk memujuk. Hanya dengan melihat reaksi atau cara whatsapp yang berbeza, lelaki ini tahu anda sedang merajuk.

4. Tahu untuk menghormati wanita.

Selain daripada itu, lelaki ini juga tahu untuk menghormati seorang wanita. Dia meletakkan wanita itu tinggi darjatnya sepertimana dia perlakukan pada ibunya dan juga adik-beradik perempuannya. Tidak merendahkan martabat wanita, apatah lagi mensia-siakan perasaan wanita.

5. Tahu untuk menghargai.

Di samping itu, lelaki ini juga tahu untuk menghargai setiap wanita yang hadir dalam hidupnya. Tanpa penghargaan, satu hubungan pasti sukar untuk berkekalan. Begitu juga apa yang dilakukan pada ibunya dan juga pada keluarganya.

6. Mampu menjadi pendengar setia.

Dan yang paling anda boleh lihat adalah, lelaki ini yang boleh memahami hati dan perasaan wanita adalah dia mampu menjadi pendengar setiap masalah anda. Memahami masalah anda, dan cuba untuk menyelesaikan masalah anda tersebut. Ini kerana lelaki tersebut tidak suka melihat wajah wanita kesayangannya muram berduka ketika dilanda masalah.

Cepat selesai, cepat juga anda tersenyum.

Adakah Anda Tergolong Dalam Golongan Lelaki Ini?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen