Rumah Bukan Tempat Berlindung Dari Hujan Dan Panas Semata-Mata Untuk Isteri, Tetapi…

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” (An-Nisa’: 34)

Dalam menyediakan nafkah, RUMAH adalah salah satu daripadanya yang si suami perlu sediakan untuk si isteri selain daripada makan & minum, pakaian, dan juga barang keperluan yang lain. Tidak kira sama ada rumah sendiri atau rumah sewa, ia adalah asas perlindungan untuk si isteri mengikut kemampuan si suami.

Namun, sekiranya suami masih kuat daya tenaganya, tidak salah berhempas pulas sementara tubuh badan masih sihat untuk menyediakan rumah yang selesa pada isteri dan anak-anak kelak.

Jadi, lelaki yang masih bujang mahupun yang sedang berumah tangga perlu tahu bahawa rumah bukan sahaja tempat perlindungan dari hujan dan panas semata-mata bagi isteri, tetapi…

1. Untuk isteri berpakaian dengan selesa.

Dengan adanya rumah sendiri, si isteri boleh berpakaian dengan selesa atas kemahuannya sendiri. Sekiranya menumpang atau berkongsi dengan keluarga mertua, sudah tentu perlu menjaga aurat sepanjang masa ketika adanya yang bukan mahram.

Bagi lelaki berkemungkinan besar ia adalah hal kecil sahaja, namun ia tidak bagi kaum isteri. Setelah seharian berpakaian menutup aurat, sudah tentu rumah adalah tempat untuk mereka berpakaian apa yang mereka inginkan.

Malah, kaum wanita juga inginkan rambut bebas mengurai supaya tidak berbau dan tidak cepat gugur.

Lain pula kisah bagi golongan wanita yang memiliki tubuh badan yang sering berpeluh, sudah tentu menjadi tidak selesa sekiranya memakai pakaian yang tertutup dengan lebih lama. Nanti badan berbau, tau pula suami mengadu.

Selain daripada itu, nak berpakaian seksi depan suami pun selesa.

2. Untuk menutup aib dan mengelak fitnah.

Pada masa kini, kaum wanita semakin hari semakin banyak di dedahkan di sosial media dan sebenarnya ia perlu menjadi satu kerisauan pada si suami.

Jika ikutkan pada zaman Nabi dahulu, kaum wanita seharusnya hanya duduk di kawasan rumah sahaja untuk mengelak fitnah. Apa sahaja yang ada pada diri wanita, mampu menjadi bahan mulut masyarakat.

Putih wajahnya….

Ramping pinggangnya….

Runcing jarinya…

Galak betul matanya…

Cantik betul perhiasannya…

Bau yang sangat menggoda…

Bunyi sepatu pun mampu didengar dari jauh…

Tapi zaman sekarang, kaum wanita juga perlu keluar mencari rezeki untuk keluarga. Namun, ianya perlu mencari rezeki semata-mata dan tidak menghebahkan aibnya secara umum. Jadi, rumah lah tempat untuk menyimpan aibnya sendiri. Hanya dirinya, suami dan anak-anak sahaja.

Selain daripada itu….

  • Untuk mengelak diri mereka dari diganggu oleh orang asing.
  • Untuk menjauhkan diri dari kecelakaan dunia.
  • Untuk mencurahkan kasih sayang yang tidak terhingga pada suami dan anak-anak.
  • Dan yang penting, untuk bermanja dengan suami supaya suami berasa senang dengan dirinya.

Jadi, cepat-cepat sediakan rumah untuk isteri ya!

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen