Menangis Mampu Menurunkan Berat Badan? Fakta Atau Mitos?

Menangis adalah salah satu emosi dalam diri manusia dimana kita berasa sedih, geram mahupun apabila tidak dapat mengawal api kemarahan. Ia boleh sahaja berlaku tidak kira pada kaum lelaki dan wanita, kerana masing-masing mempunyai emosi ini, sama ada boleh mengawal ataupun tidak, itu sahaja.

TAPI, MENURUT KAJIAN MENANGIS MAMPU UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN KITA, ADAKAH IA BENAR?

Kalau macam tu, asal sahaja kita mengeluarkan air mata berat badan akan turun tidak kira masa?

Mudah kan!

Semua orang pun pasti mahu lakukan aktiviti sebegini kerana ia mudah dan percuma sahaja.

Sebenarnya…

Secara saintifik, tidak semua tangisan itu mampu menurunkan berat badan kita. Dan tidak semua waktu apabila tangisan dikeluarkan, berat badan kita akan turun juga.

Jangan Tertipu!

Menurut Pakar, Dr Aaron Neufeld dari Los Altos Optometric Group, sebenarnya terdapat tiga jenis air mata yang dikenali sebagai…

  1. Basal.
  2. Reflex.
  3. Psychic.

Setiap tangisan ini mempunyai fungsi yang berlainan…

  • Air mata Basal menjaga mata kita dengan melembap.
  • Air mata Reflex adalah akibat iritasi.
  • Air mata Psychic berlaku daripada tekanan perasaan dan emosi.

Air mata Psychic yang kita menangis dari emosi membantu menggalakkan penurunan berat badan kerana ia mengurangkan tahap kortisol, hormon stres yang dikaitkan dengan lemak perut.

Image result for crying gif

Ini diperkuatkan lagi dengan kajian dari ahli kimia William Frey yang melaporkan bahawa menangis dapat membantu menghilangkan bahan-bahan toksik dalam tubuh yang membangkitkan tekanan. Oleh itu perbuatan menangis juga boleh menjadi tindakan pembersihan.

Malah, waktu yang dapat menurunkan berat badan seseorang ketika menangis adalah dari pukul 7 petang sehingga 10 malam. Ini kerana pada waktu ini adalah masa puncak untuk mengoptimumkan kesan pembebasan kortison (kortison ialah contoh hormon dalam kumpulan steroid. Steroid ini dibebaskan oleh korteks di kalenjar adrenal).

Jadi, ada sebab mengapa mereka yang sedang sedih tahap depresi pada waktu malam mempunyai peratus yang tinggi untuk menurunkan berat badan. Pada waktu malam, kita terlalu asyik melayan perasaan dengan drama dan lagu yang mampu menitiskan air mata, kemudian kita pun tidak lalu untuk makan. Logik kan?

Tapi, jangan pula berpura-pura depresi semata-mata untuk menangis, memang tak turun pun berat badan tu nanti. =D

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen