Jangan Takut Sekiranya Anda Memiliki Kedutan Di Hujung Mata Ketika Tersenyum, Kerana…

Ramai dikalangan kita, terutamanya golongan wanita begitu takut dengan kedutan di wajah. Lebih-lebih lagi dengan garisan halus di hujung mata dan juga garisan ketika tersenyum. Sehingga sanggup membuat rawatan untuk menghilangkan kedutan tersebut supaya tampak awet muda sentiasa.

Ia bukan sahaja melawan lumrah dunia dimana wajah seseorang akan dimamah usia, malah ia menunjukkan kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada.

KEDUTAN SEBAGAI KEUNIKAN WAJAH.

Menurut kajian juga, kedutan dan garisan yang terhasil di wajah ini sebenarnya menunjukkan keunikan seseorang.

Jangan takut sekiranya terhasil kedutan di hujung mata ketika tersenyum kerana ia membuatkan penampilan seseorang bertambah unik, menarik dan kelihatan bijak.

Ia adalah laporan yang pernah diterbitkan di portal dailymail.co.uk, malah kedutan tersebut diberi nama  sebagai Crow’s Feet.

KEDUTAN SEBAGAI PEMANIS WAJAH.

Crow’s Feet/Wrinkles atau kedutan wajah ini terhasil apabila kita tersenyum dan tergelak. Berpandukan hasil kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nonverbal Behavior, “Crow’s Feet” secara amnya bukanlah kedutan yang memburukan wajah tetapi ia merupakan kedutan ekspresi yang sebenarnya menambah ‘pemanis’ pada rupa seseorang.

Senyuman kamu pastinya akan kelihatan lebih ikhlas dan tawa kamu akan nampak lebih ceria berbanding dengan orang yang senyum atau ketawa tetapi tidak memiliki garis-garis kedutan pada penjuru mata sebegini.

“Anggaplah kedutan di penjuru mata itu seperti bonus yang tidak dimiliki ramai orang dan jika kamu memilikinya, kamu adalah antara manusia paling beruntung”.

Pakar Bedah Plastik Sokong Kedutan “Crow’s Feet”.

Menurut pakar bedah plastik sendiri, biasanya beliau tidak mengesyorkan pelanggannya untuk menghilangkan kedutan pada penjuru mata. Ini kerana, ia sebenarnya elemen kecantikan yang harus dibanggakan kerana, apabila usia sudah meningkat tua nanti, tanda kedutan itu akan membuatkan wajah terlihat lebih ceria dan manis.

Related image

KEDUTAN WAJAH SEBAGAI PERSONALITI SESEORANG.

Mereka yang memiliki kedutan di penjuru mata juga lebih senang didekati kerana personaliti mereka yang seolah lebih mesra dan positif berbanding mereka yang tidak memiliki kedutan di penjuru mata, terutamanya ketika senyum.

Kalau difikirkan logik, fungsi kedutan di penjuru mata itu memang sangat penting dalam falsafah psikologi. Sebab itulah, saintis dan pakar mempunyai nama saintifik (Crow’s Feet) untuknya. Ini menggambarkan betapa besarnya impak kedutan di penjuru mata tersebut dalam menterjemah emosi serta personaliti yang seseorang gambarkan menerusi ekspresi wajahnya.

Jadi, jangan risau lah kalau ada kedutan di wajah tu. Wajah tampak lebih manis =)

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen