Wanita Walau Tinggi Mana Ilmu Agamanya, Dia Masih Sentiasa Memerlukan Lelaki Untuk Membimbingnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkahwinan ini bukan tempat untuk berlawan ego siapa yang paling tinggi, tetapi lebih kepada menghargai pasangan serta menyayangi pasangan kita. Tidak kiralah baik suami mahupun isteri, perkara ini sebenarnya adalah penting untuk membina sebuah keluarga bahagia.

Bila kita menghargai dan menyayangi pasangan, kita akan automatik lebih mudah untuk mengucapkan kata maaf bahkan terima kasih kepada pasangan kita itu. Sudah tiada istilah malu atau segan bila nak ucap dah kalau betul-betul sayang dan hargainya.

Nak-nak lagi kalau nak pujuk isteri ini, tak susah pun nak cairkan hati mereka ini. Tinggal kata maaf kalau buat silap dan terima kasih atas segala pengorbanannya, sekejap saja sudah cair hatinya itu. Isteri ini bukan mengada-ngada tapi mereka cukup bersyukur kalau anda berani lakukan perkara ini.

Seperti perkongsian daripada Intan Dzulkefli, wanita walau tinggi mana ilmu agamanya, dia masih sentiasa memerlukan lelaki untuk membimbingnya. Sama-sama kita hadam kata-katanya.



Kadang suami ni tak faham, isteri bukannya minta dipetikkan bulan bintang pun.. cukuplah dengan ucapan terima kasih dan maaf pun sudah membuatkan hatinya berbunga.

Terima kasih sudi lahirkan zuriat saya..
Terima kasih sudi masakkan lauk kegemaran saya..
Terima kasih tolong susukan anak saya..
Terima kasih tolong jagakan anak-anak saya semasa saya sibuk mencari nafkah buat keluarga kita..

Maaf sebab lama dah tak bawa awak pergi kuliah agama..
Maaf sebab kesibukan saya tak mampu nak buat taklim keluarga..
Maaf sebab tak faham kehendak awak yang sebenarnya..
Maaf sebab terlalu ego mempamerkan dan mengucapkan cinta..



Wanita walau tinggi mana ilmu agamanya, dia masih sentiasa memerlukan lelaki untuk membimbingnya. Isteri sentiasa memerlukan suami yang mengingatkannya kerana dia mudah tenggelam dalam lautan emosi apabila dia penat, kecewa, sedih dan rasa tidak dihargai. Mereka selalu nampak seperti kuat, padahal mereka adalah sangat 'fragile'.

Sebab itu Nabi SAW sendiri selalu berpesan, nasihatilah dan bimbinglah wanita dengan lemah lembut dan kasih sayang. Mereka dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Terlalu keras akan mematahkannya. She'll lost.

Kalau tidak pernah ucapkan apa-apa penghargaan selama ini, mulakan dari saat ini. Selagi isteri masih bernafas, belum terlambat untuk tunjukkan betapa kalian mengasihi isteri.



Dia merajuk, pujuklah.

Dia mengadu itu ini, tadahlah telinga.

Kalau dia minta nak pakai baju sedondon, raikanlah..

Jangan sesekali menganggap memenuhi keperluan emosinya ini sebagai mengada-ngada. Jangan... Kadang hal yang orang lelaki rasa remeh pun boleh buat isteri rasa tawar hati.

Sesekali keluarlah dari kebiasaan. Wanita mana tidak sukakan kejutan. Belikanlah hadiah yang dia dah lama teringin. Tips? Periksa folder telefon dan komputernya yang banyak menyimpan gambar perkara yang mereka idamkan.

Kalau tahu isteri suka bunga dan si suami tidak pernah hadiahkan bunga, hadiahkanlah.. kalau tak mampu sejambak, belilah sekuntum. Tak mampu fresh flower berilah artificial flower. Kalau masih tak mampu, berikan mesej icon flower bouquet disertai kata-kata romantis pun sudah cukup menggembirakan isteri.

Tak percaya cubalah..

Jika isteri sedang mengandungkan zuriatmu, sesekali picitlah kakinya, bantu dia menyarung stokin, sapukan minyak panas ke pinggang jika dia mengadu sakit pinggang dan sakit badan.

Bila dia minta sesuatu atas alasan mengidam, usahakanlah untuk menggembirakan hatinya. Selalu sedekahkan surah yasin agar segala urusannya dipermudahkan. Jangan meremehkan urusan bersalin, menganggap ia tiada apa-apa.. kerana ramai suami kehilangan isteri semasa melahirkan anak. Maka, jangan sampai sesal memakan diri.



Jika isteri sudah tidak sejelita dahulu selepas melahirkan zuriatmu, jangan pula membuat dia rasa terhina dengan perbuatan dan kata-katamu. Parut itulah bukti dia pernah melahirkan khalifah ke atas muka bumi ini. Mengandung dan melahirkan adalah hal yang sangat berat dan menyakitkan, yang kamu sebagai lelaki belum tentu mampu menggalasnya.

Memang sukar untuk menjadi suami yang terbaik, kerana tiada siapa pernah mengatakan ia hal yang remeh. Kerana jalan ke syurga bukan mudah, apatah lagi sebagai ketua keluarga yang ingin memimpin anak isteri ke Jannah.

Isteri adalah anugerah terindah dari Allah untukmu. Melalui dia kamu dapat melunaskan hasratmu. Melalui dia Allah kurniakan zuriat buatmu. Kerana dia, terasa lengkap isian hidupmu. Maka perlakukanlah dia sebaiknya.

Harini banyak isteri yang memendam rasa hingga menjadi keras hati bukanlah kerana suami mereka tidak alim, tidak kaya, tidak romantik, tidak gentleman. Tetapi kerana kurangnya kesungguhan dan ketiadaan keikhlasan dalam menunjukkan kasih sayang dan penghargaan.

Rumahtangga bukan medan membesarkan ego, tetapi untuk membesarkan taqwa, sakinah dan rahmah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen