"Kita Bukan Tetamu Yang Tunggu Semua Disiapkan," Suami Bantulah Isteri Barulah Rumahtangga Rasa Bahagia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Terasa sungguh bahagia sebuah rumahtangga itu apabila ia diepenuhi dengan tolong menolong serta bertolak ansur. Dalam hidup berumahtangga ini sememangnya memerlukan pasangan yang memahami, serta bertolak ansur, ini kerana perkara sebegini akna lebih memudahkan pengurusan dalam rumahtangga.

Selalunya hal-hal menguruskan rumah ini akan terletak dibahu isteri, manakala si suami hanya berusaha untuk mencari nafkah sahaja buat keluarga. Apa yang terjadi adalah suami jarang hulurkan bantuan kepada isteri yang setiap hari bertungkus lumus menguruskan rumah seorang diri.



Suami-suami, anda bukan tetamu di rumah anda sendiri. Anda seharusnya membantu isteri anda menguruskan keperluan di rumah. Sedikit perkongsian daripada Ustazah Asma Harun ini sememangnya sangat berguna buat suami isteri yang sedang mencari kebahagiaan.

KITA BUKAN TETAMU DI RUMAH SENDIRI

"Sebelum merungut pasangan malas, tak ikhlas atau muka tak berapa gembira bila berada dirumah keluarga kita, maka nilailah diri sendiri dahulu adakah kita juga melakukan hal yang sama ?

Ingatlah kita bukan tetamu, tunggu makanan siap dihidang lalu dijemput, selesai makan hanya basuh tangan, rumah bersepah sekadar memandang dan menunggu para wanita siap di dapur datang mengemas, anak-anak tak bermandi pampers pun dah melondeh, manakala telefon dan remote tv tak lepas daripada tangan, bertapa lepak dalam bilik, nilailah adakah anda seorang yang boleh dijadikan contoh baik atau contoh tidak baik ?

Banyak perkara yang sebenarnya PARA LELAKI boleh lakukan, samada di rumah mertua atau di rumah keluarga sendiri, antaranya ;


1. Bersihkan halaman rumah, sampah sarap, daun, basuh koridor dan longkang, trim rumput dan pokok, nak mengecat pun boleh.

2. Dalam rumah pula, bersihkan kipas, lampu dan sesawang. Vacuum, mop lantai, nak alihkan itu ini, ketuk paku, gantung langsir, pasang Wallpaper dll.

3. Urusan buang sampah atau sisa makanan dari masa ke semasa, memang cepat penuh tong sampah musim-musim raya ni, ia melibatkan keluar masuk rumah dan berat, maka lebih sesuai dengan para lelaki.

4. Basuh periuk, belanga, kuali besar, tong air dll, apa yang melibatkan basuhan di luar rumah, eloknya lelaki.

5. Potong ayam daging tulang, ia melibatkan tenaga dan kekuatan, sesuai juga lelaki yang uruskan.

6. Belikan barang basah atau kering, ulang alik ke pasar atau kedai runcit. Sentiasa sahaja ada barang yang tertinggal, jangan marah jika ada pesanan mengejut, bersedialah, kadang bila nak masak baru perasan bahan tak cukup.

7. Bantu tengok keselamatan anak, kenapa dia menangis, lapar ke mengantuk ke, sementara emaknya di dapur. Jika ada anak orang lain pun boleh tengokkan keselamatan mereka.


Saya yakin dan percaya, lelaki yang hebat itu mesti ada ciri-ciri mirip akhlak Rasulullah SAW. Baginda seorang yang sangat rajin dan suka membantu isteri melakukan rutin urusan rumahtangga. Kehebatan anda di luar rumah bermula bagaimana sikap anda di dalam rumah.

BUAT PARA WANITA, jadilah wanita, fitrahnya Allah ciptakan kita dengan tangan yang lembut itu sangat cekap melakukan kerja yang halus, remeh dan renyah. Mengemas, melipat dan menyimpan itu antara kemahiran semulajadi, maka jadilah kita yang sepatutnya.

Sangatlah tidak manis, tidak sopan dan memalukan jika hanya muncul bila waktu makan, jalan-jalan dan ke bilik air sahaja. Usahlah tiba-tiba sedih terkilan bila orang mula mengata jika ia bermula daripada sikap sendiri, apatahlagi nak klaim pahala kena umpat di Akhirat, bimbang sebaliknya berlaku.

Kita sama penat dan rehat, sama lapar dahaga dan makan kenyang, sama susah dan senang, insyaAllah sama-sama masuk SYURGA ALLAH berjemaah sekeluarga. Ameen ya Mujib."

Pesanan dan muhasabah ikhlas penuh kasih sayang tanpa prasangka atau ditujukan kepada sesiapa,

Asma Harun

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen