Kenapa Lelaki Dapat Lebih Dalam Pembahagian Harta Pusaka Mengikut Hukum Faraid?

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang masih belum jelas mengenai pembahagian harta mengikut hukum faraid ini. Ramai yang beranggapan bahawa ia hanya melebihi pihak lelaki, kerana lelaki akan memperolehi bahagian yang banyak dalam sesuatu pembahagian harta.

Sebab itulah apabila ia melibatkan pembahagiaan harta ini, adik beradik, sanak saudara, pakcik makcik serta suami isteri boleh bergaduh. Nampak betapa besarnya pengaruh harta ini dalam kehidupan kita.

Pembahagiaan harta mengikut faraid ini adalah pembahagian yang adil, cuma kita sahaja yang tidak faham dengan jelas. Sedikit perkongsian daripada Farizal Radzali ini mungkin membuat anda faham mengapa lelaki dan wanita itu berbeza penerimaan hartanya.



Bahagian perempuan adalah miliknya.

Bahagian lelaki adalah amanahnya.

Jangan perlekehkan faraid yang sebenarnya telah amat sempurna.

Saya selalu dapat soalan dari yang bukan muslim, kenapa orang muslim tak buat wasiat? Saya beritahu mereka bahawa muslim tiada wasiat tapi kami ada hibah. Lagipun hukum faraid kami sudah cukup sempurna. Tapi jawapan saya tentang faraid disangkal oleh mereka kerana katanya faraid hanya menguntungkan lelaki sahaja.

Saya diam. Begitulah yang orang lihat pada faraid. Agak susah untuk tunjukkan kelebihan faraid di zaman ini. Kerana apa yang dilihat tak sama seperti yang sebenarnya. Bagaimana nak beritahu mereka bahawa hukum faraid menyebelahi perempuan? Menjaga hak perempuan?

Yang kita tahu, mengikut hukum faraid, lelaki akan dapat lebih dari perempuan.

Yang kita tak ambil tahu, kenapa lelaki dapat lebih dari perempuan.

Yang kita dengar, lelaki dapat lebih kerana lelaki akan menyara keluarganya setelah berkahwin tapi perempuan akan disara suami selepas berkahwin.



INI ADALAH SALAH SAMA SEKALI.

Kenapa lelaki dapat lebih? Sebab dia adalah orang yang diamanahkan untuk menyara anak-anak kepada adik beradiknya sekiranya ayah mereka meninggal dunia ketika masih kecil & masih memerlukan tempat bergantung hidup. Sedangkan bahagian perempuan adalah miliknya sendiri.

Banyak kes di zaman ini, bila si ayah meninggal dunia, adik beradik si ayah mulalah mengira harta pusaka kerana jika tiada anak lelaki, maka harta pusaka si ayah akan difaraidkan dimana nisbah lebih besar kepada adik beradik lelaki si ayah. Lepas dapat harta, ayah sedara hilang. Tinggallah si anak yatim yang masih kecil bersama ibunya terkontang kanting memulakan hidup dari mula, bagai baru nak melangkah ke dunia.

Ada juga kes, lepas dapat harta seperti rumah, dijualnya. Duit dia ambil semua bagi menyara keluarganya sendiri. Kepada para isteri, sila ambil tahu bahawa harta yang suami anda warisi dari harta pusaka ahli keluarganya, itu adalah kerana dia memikul amanah untuk menjaga anak-anak saudaranya yang menjadi yatim, bukan hak dia untuk bermewah dengan keluarga dia sdiri. Janganlah anda bersubahat dengan suami. Atau mungkin anda boleh menegur suami jika dia terkhilaf bab faraid, mungkin dia terlepas pandang.

Namun tahukah anda, dalam cerewetnya seorang perempuan, ramai yang malas bergaduh tentang hal ini. Dia pasti berusaha membesarkan anaknya walaupun tahu hak anaknya telah dirampas. Dan kepada para lelaki, sila jangan berasa selesa dengan suasana ini kerana andai anda terlepas di dunia, anda bakal dihakimi di akhirat kelak. Makan harta anak yatim, besar bunyinya kan?

Andai rasa tak mampu memikul amanah, anda boleh menolak bahagian anda kepada yang lebih berhak melalui borang persetujuan penolakan dimana anda tak boleh lagi menuntut bahagian dalam harta pusaka tersebut.

Kepada lelaki, ketahui amanah anda.

Kepada perempuan, ketahui hak anda.


Farizal Radzali

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen