Jadi Suami & Bapa Yang Awesome Untuk Keluarga Yang Bahagia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dah jadi seorang suami, pasti bercita-cita nak jadi seorang ayah pula kan? Ini sememangnya angan-angan setiap pasangan yang sudah berkahwin. Jangan takut untuk menjadi ayah serta suami yang baik buat isteri dan anak-anak.

Mulakan segalanya dari awal, jangan nanti anak sudah menjauh dan hilang hormat baru kita nak menyedari apa kesilapan kita. Ingat ayah ini adalah contoh yang paling dekat buat anak-anak dan kita jugalah pembimbing terbaik seorang isteri.



Bagaimana kita mendidik dan membimbing anak-anak serta isteri kita, begitulah diri mereka akan terhasil. Jangan nanti salahkan mereka pula sedangkan segalanya berpunca kepada diri kita. Lelaki ini akan menjadi ketua keluarga, sudah tentulah kita akan mengetuai segala tindak tanduk pasangan dan anak-anak.

Macam mana nak jadi suami dan bapa yang awesome? Ini 5 cara mudah yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif yang boleh anda contohi.



5 Cara Mudah Nak Jadi Suami & Bapa Yang Awesome

1. Selalu jaga mulut di depan anak dan isteri walaupun sedang marah melampau

2. Tak berkira dengan duit bila melibatkan nafkah dan benda yang berfaedah

3. Kenal personaliti & perwatakan anak dan isteri. Lagi hebat bila si suami sendiri berminat nak belajar ilmu parenting & ilmu mendidik anak anaknya sendiri

4. Jadi 'emphatic listener' pada pasangan dan anak anaknya sendiri. Tak terlalu cepat memberikan solusi dan sedia mendengar keluhan pasangan dan anak anaknya kerana hanya dengan mendengar pun ianya adalah satu terapi emosi!

5. Tahu beza BONDING TIME & ME TIME. Masa me time tu boleh la nak bermain game dan handphone sekejap tapi jangan la sampai terabai perhatian kat anak isteri.

Jangan sampai ketika anak anak dah liar dipengaruhi oleh BONDING LUAR baru kita nak tersedar. Masa tu mungkin semuanya dah terlambat dah.

Jom sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu

#SelamatHariBapa pada semua bapa di seluruh dunia

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen