Jangan Terus Bertahan Jika Terlibat Dalam Keganasan Rumahtangga, Kelak Mental Anak-Anak Juga Akan Bermasalah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan ini kalau dah sayang, memang mereka sanggup lakukan apa sahaja. Walaupun terpaksa menanggung kesakitan dan kelukaan pada hati dan fizikalnya. Malah mereka ini juga sanggup bertahan demi orang lain walaupun dirinya terluka. Sebab itulah kita lihat ramai ibu-ibu yang sanggup berkorban untuk anak mereka walaupun terpaksa bertukar nyawa sebagai ganti.

Kadang kala mereka ini hanya memikirkan orang sekeliling sahaja tanpa memikirkan keadaan mereka sendiri. Biasalah wanita kalau dah sayang mereka hanya fikir satu arah sahaja, tidak fikir apa pun selepas itu, akhirnya dia dan anak-anak menjadi mangsa.

Banyak mangsa keganasan rumahtangga yang mahu mempertahankan suami mereka kerana bimbang anak-anak membesar tanpa kasih sayang ayah, tetapi jika ia terus menerus dipertahankan ia sebenarnya akan memberi kesan kepada tumbesaran anak itu sendiri.

Sedikit perkongsian daripada Muhammad Hassan ini mungkin membuka mata anda betapa pentingnya untuk melepaskan diri daripada terus menerus menjadi mangsa keganasan rumahtangga.



Masuk bilik Doktor dengan muka lebam,demam. Doktor tanya kenapa lebam? Saya Jatuh doktor. Tapi doktor mensyaki sesuatu. Ke puan kena pukul ni? eh tak tak doktor,saya jatuh bilik air.

Baiklah,saya bagi ubat. Kata doktor.

Tapi jika puan kena pukul,baik buat pemeriksaan doktor di hospital,cerita kepada orang yang puan percaya,dan buat laporan polis.

Saya disini sudi membantu puan.

Tapi doktor. Jika suami saya masuk penjara siapa nak jaga saya dan anak-anak?

Habis itu sampai bila puan nak tipu doktor untuk ubat dan sampai bila puan sanggup jadi mangsa penderaan?



(((menangis))

Dah 5 tahun saya kena dera. Tapi setiap kali di pukul suami ugut jika cerita kat sesiapa,saya lagi teruk kena pukul. Dah 5 tahun dia tak bagi balik jumpa keluarga. Tapi suami kadang kadang dia berkali kali merayu minta maaf setiap kali selepas pukul saya. Saya kesian kat suami dan memaafkan dia. Tapi selang beberapa bulan kena pukul lagi jika dia ada masalah dan jika saya tegur kesalahan dia.

Sampai satu tahap saya rasakan diri saya tak guna,saya tak percaya apa yang berlaku,kenapa saya dapat suami begini. saya rasakan lebih baik saya tak kahwin.

*Beginilah sedikit dari perkongsian rakan rakan doktor.

Masalah besar isteri apabila didera:

1- Mereka takut dengan ugutan
2-Mereka Takut jika suami dipenjara
3-Mereka takut jika dikecam oleh keluarga
4-Mereka terlalu sayang kepada suami
5-Mereka tiada tempat bergantung.
6-Mereka malu jika orang lain tahu.

Dan paling Ramai yang pernah mengadu kepada saya tak kiralah di whatsapp,berpuluh puluh di inbox facebook,mereka ini sanggup bertahan demi anak-anak. Ada satu kes kita bantu bawa ke hospital untuk pemeriksaan,tapi sampai hospital taknak teruskan kes dan juga taknak buat laporan polis. Puncanya fikirkan anak anak.

Puan puan tahu tak. Jika puan puan terus bertahan,mental anak anak lagi bermasalah. Hidup mereka lagi musnah jika setiap hari mereka tengok mak ayah mereka bergaduh.

Bayangkan didera secara fizikal dan mental tapi masih lagi bertahan dengan alasan alasan di atas.

Saya selalu terfikir pekara ini. Kenapa mangsa keganasan rumahtangga ini sanggup bertahan sedangkan ada saja yang ingin membantu. Paling tidak pun mereka hanya perlu hubungi Talian kasih 15999 untuk dapatkan bantuan. Tapi sedihkan memang tetap ‘bertahan’ kenapa?

Apa yang berlaku kita dah tak boleh undur balik dah. Statistik keganasan rumah tangga setiap tahun meningkat. Itu yang berani untuk keluar dari masalah ini,yang bertahan masih ramai diluar sana. Sebab itulah apabila berbual dengan anak anak muda,perkara yang selalu saya kongsikan adalah tentang kes penderaan terhadap isteri.

Jika ada masalah apa sekali pun jangan libatkan isteri dan anak anak. Jangan dera fizikal dan mental mereka. Jika dah tak suka sangat,sehingga sanggup sepak terajang isteri,lebih baik ceraikan mereka dan hantar balik mereka kepada keluarga .

Dan para isteri yang ada suami kaki ketum,kaki pil kuda,arak,judi,dadah. Janganlah rahsiakan perkara ini dari keluarga atau pihak berkuasa. Najis najis inilah penyebab utama keganasan rumah tangga.

Yang saya geramnya bila jiran buat laporan polis atas kegiatan suami (minum arak,judi dan jual pil kuda) ada pula isteri ini pergi serang jiran kerana masuk campur hal rumahtangga mereka.

Hentikanlah keganasan ini. Buatlah pilihan yang terbaik jangan ditangguh lagi,jangan menutup fakta dengan alasan jatuh dibilik air,jatuh tangga. Alasan ini lapuk dah. Bertahan demi anak anak bukanlah alasan yang bijak,tapi ubah kehidupan kita bersama anak anak keluar dari kecelakaan,inilah pilihan bijak.

Bukanlah bermakna kita bertindak kita telah musnahkan rumahtangga sendiri. Tidak.Bahkan itulah tuntu islam. Isteri berhak menuntut fasakh dengan bukti bukti yang ada.

Jika buat Medical check up,buat laporan polis,pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dapatkan EPO(Emergency Protection Order)@IPO. Sekurangan suami tak boleh buat apa apa keganasan lagi. Sebab ada kes setelah isteri bertindak terus suami tak berani pukul dan ada yang berubah kearah lebih baik.

Percayalah Kita tidak mampu ubah orang lain,tapi kita masih ada peluang untuk ubah diri kita untuk mengecapi nikmat bahagia,tenang seperti orang lain.

“Sabar Itu bukanlah menanggung penderitaan sehingga menanti kemusnahan,tapi sabar itu kita berusaha mencari jalan untuk keluar dari penderitaan”

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen