Anak-Anak Tidak Ingat Apa Yang Ibu Ayah Mereka Beri Tapi, Mereka Akan Ingat Setiap Sentuhan Yang Dirasai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai ibu bapa, kita ingat kita sudah cukup mengenali anak-anak kita sendiri. Ini kerana, kita adalah orang yang akan melihatnya sejak dari lahir sehinggalah dewasa kelak. Jadi apa yang dirinya tidak suka dan suka itu begitu mudah untuk diketahuinya drngan mudah.

Ramai ibu ayah yang kata kenal anak mereka tetapi sebenarnya hanya kenal dari luaran sahaja tetapi anak-anak lebih mengenal ibu ayah mereka. Ada yang merasakan mereka telah melakukan apa sahaja untuk anak-anak mereka tetapi anak mereka tidak merasai akan kehadiran perkara tersebut.

Sedikit kisah dari Mohd Fhais ini pasti akan membuat anak sedar akan perkara yang menyentuh hatinya itulah perkara yang sangat bermakna buatnya.



Anak lebih kenal kita

Semalam kan hari bapa sedunia. Annur rania pun turut teruja bagi hadiah kat Super Dad dia ni.

Teruja nak cerita sebab kita rasa kita kenal anak kita tapi sebenarnya tidak.

Di belakang hadiah tu ada tertulis meseg yang sangat membuka mata.

Meseg dia begini,

"Apa yang paling rania suka tentang Super Dad rania?"

Super Dad tu merujuk pada saya la

Saya ingat rania paling suka bila kita bawa dia jalan-jalan sebab waktu tu tengok muka dia paling happy.

Saya juga ingat benda yang paling dia suka ialah bila kita sanggup keluar malam malam buta jam 12 malam semata-mata cari kfc kerana tiba-tiba dia teringin nak makan ayam kfc.

Ingatkan benda yang paling dia suka ialah koleksi mainan yang kita belikan untuk dia, ye la dah beribu ringgit kut duit habis belikan hadiah dari kecil sampai ke besar. Itu pun dia tak ingat.



Kita punya la fikir semua pengorbanan kita. Rupa-rupanya benda yang paling rania suka tersangat simple.

Ini jawapan rania,

"Super Dad saya bagi pelukan paling best"

Begitu rupanya. Kita bersengkang mata malam malam cari kfc dia tak pandang pun. Mainan bertimbun kat rumah pun dia tak rasa tu paling best.

Yang dia pandang hanya satu, APA DIA RASA di dalam. Bukan di luar.

Setiap kali kita peluk dia, cium pipi dia, itu yang dia ingat sebenarnya.

Senyum di muka itu indah tapi senyum di hati anak itu beribu kali indah sebenarnya.



Sedar tak sedar "nilai" kita di mata anak-anak bukan tenaga, wang ringit atau bawa berjalan-jalan tapi nilai sebenar kita sebagai bapa adalah apa yang anak "rasa" bila bersama kita.

Selalu duduk sebelah pun kalau anak tak rasa kita ada kat sebelah dia tak bermakna juga. Ibarat badan ada, tapi hati tak ada. Hati kat tempat lain.

Wallahu A'lam,

Mohd Fhais

Nak anak ingat kita? Banyakkan la peluk cium anak ye.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen