“Untuk Menjadi Seorang Yang Positif, Kita Perlu Bayangkan Usaha Mereka…” Kata Lelaki Ini.

Kita sering mempunyai pandangan yang negatif terhadap orang lain kerana tidak pernah membayangkan usaha mereka untuk menjadi lebih berjaya. Apa yang kita pandang dan tahu adalah hanya luaran sahaja.

Maka, untuk menjadi seorang yang positif, apa yang perlu kita bayang adalah kesusahan untuk mengecapi kebahagiaan tersebut seperti perkongsian dari saudara Akhtar Syamir ini….

1. Bila tengok orang beli kereta baru, cuba bayangkan kesusahan dia dengan kereta lama yang sentiasa rosak.

Bayangkan aircond dia ada masalah, kesian anak isteri kepanasan.

2. Bila tengok orang beli rumah, cuba bayangkan kecekalan dia mengumpul duit untuk siapkan deposit.

Cuba juga bayangkan dia dan keluarga menyewa di rumah yang sangat kecil untuk menabung sementara bagi mampu untuk beli rumah. Bayangkan anak beranak tidur di ruang tamu kerana bilik yang terlalu sempit.

3. Bila tengok rumah orang cantik deko dia. Bayangkan rumah tu masa sebelum diorang mampu beli barang-barang dia.

Bayangkan satu per satu dan berbulan-bulan antara satu barang muncul dengan barang yang lain. Bayangkan juga mereka duduk di atas lantai kerana tidak mampu membeli sofa sebelum ini. Tambah sedikit lagi, bayangkan rumah itu penuh bersepah dengan mainan anak-anak.

4. Bila kita tengok orang dapat anak. Cuba bayangkan kerisauan dan kegusaran mereka yang mungkin terpaksa menunggu bertahun untuk dapat anak.

Bayangkan kepayahan mereka semasa dalam tempoh mengandung, dengan alahannya, turun naik klinik, periksa gula 3 kali sehari dan tekanan yang mereka alami.

5. Bila kita tengok pasangan lain bahagia. Cuba bayangkan usaha mereka untuk kekal bahagia.

Bantu membantu, faham memahami sesama mereka. Bayangkan juga ada kemungkinan mereka pernah bergaduh atau sesuatu yang tidak baik pernah berlaku dalam perhubungan mereka. Bayangkan juga keperitan mereka memperbaiki perhubungan yang mungkin pernah retak.

6. Bila kita tengok pasangan orang lain cantik atau kacak. Bayangkan bagaimana bersungguh-sungguhnya pasangan mereka itu menjaga suami atau isteri mereka.

Pastinya mereka mengutamakan kegembiraan hati pasangan kerana kecantikan wanita dan kehebatan lelaki itu akan terpancar dari hati yang gembira.

7. Bila kita tengok orang berjaya dalam perniagaan. Bayangkan kesusahan mereka bermula.

Bayangkan tiada sokongan dari anda sahabat mereka dan keluarga mereka sendiri. Bayangkan hutang piutang yang mereka terpaksa tanggung sebelum sampai ke tahap sekarang.

8. Bila kita tengok orang berjaya dalam pelajaran. Bayangkan kesungguhan mereka belajar dan mengulangkaji.

Bila mana orang lain berseronok, mereka menghabiskan masa menuntut ilmu dan berusaha untuk berjaya.

9. Bila kita tengok orang yang sihat. Bayangkan betapa mereka berdisiplin menjaga pemakanan.

Bayangkan penat lelah mereka bersenam untuk menyihatkan badan. Bayangkan juga keadaan mereka sebelum mereka berjaya, diejek, dikeji dan rasa rendah diri.

10. Bila kita tengok orang lain ada ramai followers, Likes, komen dan shares mereka banyak setiap kali mereka post.

Rezeki mereka murah bila ramai yang promo produk dan perkhidmatan dengan mereka. Bayangkan keadaan sebelum mereka sampai ke tahap sekarang. Bayangkan followers mereka seorang sahaja iaitu pasangan mereka.

Bayangkan kesusahan mereka memerah otak menulis benda yang bermakna setiap hari. Bayangkan komitmen mereka membalas setiap komen dan melayan semua soalan dan maklum balas pembaca mereka. Bayangkan juga berapa ramai haters yang mereka sudah block.

Semoga Kita Dapat Memandang Dari Sudut Positif Dalam Apa Jua Perkara!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen