Tak Ramai Suami Yang Sedar, Hidup Kita Jadi Senang Sebab Kita Menumpang Rezeki Isteri Dan Anak-Anak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Betul lah orang kata bahawa rezeki selepas mendirikan rumahtangga dan memiliki anak ini sememangnya terbuka luas untuk mereka. Walaupun pada awalnya kelihatan begitu menyukarkan, tetapi apabila tiba disaat-saat yang genting ia akan dipermudahkan. Dan paling yang tidak percayai adalah rezeki yang datang bergolek tanpa kita tahu siapa pemberinya.

Orang kata anak dan isteri ini adalah pembawa rezeki buat suami. Setiap kali suami berbuat baik dengan anak-anak serta isteri pasti aka nada ganjaran yang menanti dirinya. Ramai yang tidak sedar akan perkara ini dan beranggapan bahawa rezeki yang hadir itu adalah keuntungan dirinya sendiri.

Sedikit perkongsian dari Firdaus Shakirin mengenai anak-anak dan isteri adalah penyumbang kesenagan seorang suami.



Tak ramai suami yang sedar…

Hidup kita jadi senang sebab kita menumpang rezeki isteri dan anak-anak.

Benda ni terjadi kat diri sendiri, kisah benar. Waktu isteri nak bersalin anak sulung, saya skip ansuran kereta sebulan sebab duit tu nak guna untuk bayaran bil hospital, keperluan berpantang, duit orang mengurut dan beli barang-barang untuk anak. Bulan kedua, saya call bank tanya berapa saya perlu bayar sebab saya dah miss 1 bulan punya payment. Bank kata, akaun pinjaman saya dah ada advance 3 bulan, dibayar melalui CDM di Selangor.

Saya cakap, saya tak ade adik beradik atau kawan yang tinggal di Selangor dan saya tak pulak suruh siapa-siapa di Selangor bayar. Pegawai tu cakap, dibayar secara deposit ke akaun pinjaman saya, dan dia kata sukar nak trace sapa yang buat pembayaran sebab bayar di mesin.



Saya keluarkan sebulan nilai pinjaman ansuran kereta untuk kegunaan isteri bersalin, berpantang, Allah s.w.t balas 3 kali ganda nilai tu dari unknown hamba-Nya. Sampai sekarang saya masih tak tahu, siapa yang bankin duit tu dalam akaun pinjaman saya dan tak ade orang pun yang datang tuntut kat bank jika dia tersilap bankin.

Itu rezeki isteri…

Manakala rezeki anak-anak pulak, masa anak sulung, dapat tukar kerje dengan kenaikan gaji 400. Anak kedua, kenaikan gaji 550 dan anak ketiga, kenaikan gaji 800. Benda yang kita tak sangka, kita cuma usaha dan tawakal, kemudian Allah bagi. Saya tak cari kerje masa tu, tapi kerje yang cari saya. Satu-satu perkara yang bleh dikatakan ‘ajaib’ terjadi kat saya. Darupada pening memikirkan macam mana nak hidup dengan gaji yang sama tapi bilangan anak semakin bertambah, namun Allah s.w.t menjawabnya dengan cara yang lain. DIA bagi rezeki kpd saya untuk setiap anak yang dilahirkan.




Bila dah dimurahkan rezeki mcm ni, bila dah dipermudahkan urusan mcm ni, maka kena pulangkan atau ‘membayar’ semula kepada mereka. Guna apa yang Allah dah bagi kat kita tu, kepada isteri dan anak-anak sebab tanpa mereka, mugkin kita takkan ada apa yang kita dah ada hari ini.

Nota kaki : Mungkin ada jugak kisah-kisah ‘ajaib’ yang lain yang terjadi pada suami-suami diluar sana asbab baik terhadap isteri dan anak-anak…

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen