Kajian Dapati Beg Tangan Wanita Lebih Kotor Dari Tandas Awam.

Terkejut dan rasa macam nak marah?
Sabar dan baca dulu tentang kajian yang telah dilakukan.



Satu kajian telah dilakukan terhadap beg tangan wanita mengenai kebersihan dan apa yang dibawa oleh mereka sepanjang hari. Ternyata kajian tersebut telah mendapati beg tangan wanita sebenarnya lebih kotor daripada tandas! Kajian tersebut telah dilakukan di German dan mereka mendapati lebih dari 10 ribu bakteria dikenalpasti! Patut la mereka kata kotor dari tandas, rupanya banyak bakteria dalam beg tangan tanpa mereka sedar.



Universiti Of Colorado Boulder telah mendapati, lebih daripada 4,700 bakteria hidup dikenalpasti pada tangan manusia dan selebihnya terdapat di dalam beg tangan mereka. Lumrah seorang wanita, menjadikan beg tangan mereka seperti 'tong sampah' kerana terdapat pelbagai barang seperti makanan, tisu lap tangan, barang make-up serta macam-macam lagi dan semuanya di sumbatkan di dalam beg tangan mereka. Sebab itu kadang-kadang bila kawan minta tisu or apa sekali pun pasti ada di dalam beg tangan mereka.

Manakala Initial Washroom Hygiene mendapati dalam satu kajian mereka, bahawa objek yang paling kotor di dalam beg tangan wanita ialah botol krim. Dan salah satu faktor beg wanita dilabelkan lebih kotor kerana mereka selalunya suka meletakkannya di merata tempat. Oleh itu, kepada wanita di luar sana, silalah ambil perhatian dan ubah cara hidup kamu terutama mengenai beg tangan kerana kecantikan seseorang itu bukan di nilai pada paras rupa tetapi ia juga di ukur pada kebersihan dan budi bicara seseorang itu. Semoga jadi seorang yang pembersih selepas ini okay?!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen