Ketahui Jenis & Fungsi Panadol Yang Ada Di Pasaran Sebelum Anda Beli.

Oleh: Zuzu Yasmine

Panadol adalah sejenis ubat-ubatan yang begitu mudah didapati oleh rakyat Malaysia. Bukan sahaja boleh didapati di kedai serbaneka atau farmasi, tetapi ia juga boleh didapati di kedai-kedai runcit biasa.

Sebagai pengguna, kadang-kadang pening kepala juga nak pilih Panadol yang mana. Terlalu banyak pilihan sehingga keliru dengan fungsi yang jelas.

Kali ini kita nak kongsikan jenis-jenis Panadol yang terdapat di pasaran supaya lepas ni dah tahu dan tak tersalah beli.



1. Panadol Actifast



Biasanya Panadol Actifast ini adalah pilihan utama sesiapa sahaja. Ini kerana ia memberi kelegaan yang lebih cepat. Ianya mengandungi sodium yang bertindak meningkatkan pergerakan paracetamol

Boleh membantu melegakan demam sakit yang tidak serius: sakit kepala,migraine, sakit belakang,sakit otot dan sendi,senggugut, sakit radang sendi,sakit gigi, sakit TIDAK SELESA kerana selsema dan sakit tekak. Panadol actifast diserap dua kali lebih cepat kedalam darah berbanding Paracetamol biasa. Jadi ianya lebih cepat memberi kelegaan pada pengguna

Perhatian: Khas untuk pesakit darah tinggi pengambilan sodium yang disarankan adalah bawah dari 1500mg. Setiap tablet Actifast mengandungi 173mg sodium,jika pengambilan tablet actifast sebanyak 2 biji 4 kali sehari, jumlah pengambilan sodium adalah 1384mg belum ditambah dengan diet seharian kita seperti makanan masin. Jadi hati-hati ya.

2. Panadol Optizorb



Mungkin tidak ramai yang tahu fungsi sebenar ubat ini. Oprizorb mengandungi paracetamol 500mg. Ia menggunakan formula teknologi baru yang mengandungi alginic acid dan calcium carbonate. Alginic acid bertindak menyerap air dan dan mengembang. Manakala calcium carbonate bertindak balas dengan acid dalam perut yang mana mempercepatkan larutan ubat dalam perut

Dapat membantu melegakan sakit kepala, migraine, sakit tekak, demam dan sakit gigi.

Kelebihannya: Pantas dan lebih selamat pada mereka yang perlu mengawal pengambilan garam dalam diet mereka.

3. Panadol Extend



Kandungannya Panadol Extend ialah 665mg paracetamol. Mempunyai kelebihan seperti kesannya yang tahan lama lebih dari 8 jam daripada produk lain kebiasaannya 4-6 jam

Ubat ini membantu melegakan kesakitan otot, sakit sendi, sakit belakang dan sakit di bahagian tulang rawan.

4. Panadol Extra



Kandungannya paracetamol 500mg serta tambahan (extra) 65mg kafein boleh meningkatkan saiz salur darah dan memudahkan perjalanan darah.

Kafein tidak boleh diambil melebihi 200mg oleh perempuan mengandung. Begitu juga ibu yang menyusukan bayi, kafein yang dibenarkan tidak melebihi 300mg kerana ianya boleh mengganggu tidur anak susuan.

Penggunaannya tidak lebih dari 2 hari seminggu.

5. Pandol Soluble



Panadol soluble adalah yang jenis larut dalam air. Sesuai untuk yang susah menelan ubat biji atau syrup.

Namun kandungan sodiumnya tinggi, sedikit berbahaya pada yang mempunyai masalah darah tinggi dan mengamalkan diet kurang sodium

6. Panadol Menstrual



Kandungan 500mg paracetamol 25mg pamabrom. Pamabrom membantu menyingkirkan air lebihan terkumpul dalam badan disebabkan perubahan hormon. Lebihan air akan dibuang melalui air kencing.

Panadol menstrual sesuai untuk wanita yang mengalami PMS: cramp & kembung perut dan ketidakselesaan semasa awal datang haid.

7. Panadol Children



Kandungan setiap tablet 120mg Paracetamol. Sesuai untuk kanak-kanak yang sudah boleh menelan. Dose yang boleh diberikan ialah mengikut berat 15mg/kg. Sebagai contoh berat kanak-kanak adalah 16kg.

16kg x 15mg/kg= 240mg

Jadi boleh ambil 2 biji panadol children setiap dos.

8. Panadol cold+ flu-D



Kandungan paracetamol 500mg, phenylephrine hcl 5mg, chlorphenaramine maleate 2mg dan potassium sorbate 0.6mg

• Phenylephrine hcl membantu mengurangkan hidung tersumbat.
• Chlorphenaramine maleate membantu mengurangkan selsema alahan ataupun gatal.

Panadol COLD+ FLU-D boleh membantu melegakan hidung berair, bersin, hidung tersumbat, gatal-gatal dan mata berair.

Perhatian: Hati-hati jika ambil ubat ini semasa memandu atau bekerja, pengambilan ubat ini boleh menyebabkan mengantuk.

9. Panadol 650



Kandungan paracetamol 650mg. Hanya perlu ambil 1 hingga 1 setengah kaplet untuk 12 tahun ke atas tidak boleh melebihi 6 kaplet sehari. Sesuai untuk yang tak suka ambil ubat 2 biji sekaligus. Kelegaan sakit dalam masa 1 jam. Boleh membantu menurunkan suhu demam dalam 30minit


Perhatian: Tidak selamat diambil bersama alkohol. Kurang digalakkan untuk ibu mengandung. Boleh digunakan oleh ibu menyusu.

Selepas ini tidak perlu lagi nak tenung lama-lama rak Panadol lagi dah. Sudah tahu apa yang akan menjadi pilihan utama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen