Tidur Dalam Keadaan Televisyen Terpasang Mampu Tingkatkan Risiko Obesiti.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah obesiti sememangnya satu masalah serius dalam negara kita ini. Selalunya obesiti ini akan dikaitkan dengan pengambilan gula yang berlebihan ataupun gemar makan makanan yang berat tanpa pengawalan yang betul. Tidak hanya itu sahaja, obesiti juga dikaitkan dengan sikap malas untuk bersenam.

Banyak sebenarnya punca kepada masalah obesiti yang mengganggu masyarakat di negara kita ini. Bermula dengan pemakanan, serta gaya tidur yang betul boleh menjadi punca mengapa kita mendapat kedudukan pertama di ASEAN.

Boleh bayangkan betapa ramainya yang obesiti di negara kita ini?



Sebenarnya selain pengambilan makanan yang tidak terkawal serta tidak melakukan gaya hidup sihat, tidur dalam keadaan lampu terbuka atau televisyen dipasang turut menyumbang ke arah obesiti.

Jangan terkejut!

Menurut kajian terkini yang melibatkan 43,722 wanita di US mendapati individu yang tidur dalam keadaan TV atau lampu terpasang dikaitkan dengan

• Peningkatan 5kg berat badan atau lebih
• Peningkatan risiko 10% BMI
• Risiko lebih tinggi untuk berlebihan berat badan atau obesiti.

Kajian yang dilakukan pada haiwan di makmal menyokong hipotesis kesan cahaya lampu kepada melatonin regulasi 'body clock" yang mengawal masa tidur- sedar manusia.




Walaupun faktor pendedahan kepada cahaya lampu boleh menyebabkan peningkatan berat badan,pengambilan makanan berkalori tinggi dan gaya hidup tidak aktif merupakan punca utama obesiti.

Adakah anda lebih suka tidur dengan lampu terbuka atau televisyen dipasang? fikirkan semula.

Selepas ini pastikan sebelum tidur anda tutup segala lampu yang akan mengganggu ruangan tidur anda. Bahkan, jangan amalkan tidur bersama tv terpasang setiap hari.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen