Orang Lelaki Jangan Berangan Nak Kahwin Kalau Tak Sedia Korbankan 3 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai orang berangan-angan nak berkahwin dan hidup bahagia bersama pasangan tersayang. Tidak cukup dengan itu, anda yang siap berangan-angan dapat isteri yang tidak menyekat apa yang suami suka serta suka melakukan semua perkara sendiri tanpa bantuan suami.

Perkahwinan ini bukannya untuk tunaikan apa yang kita angan-angankan, tetapi ia lebih kepada rasa tanggungjawab serta memahami pasangan kita.

Punca seorang isteri penat adalah kerana suaminya yang mempunyai pelbagai jenis kerenah. Orang lelaki kena faham, kalau nak isteri jaga makan minum dan pakai anda, maka anda kenalah bijak menjaga hatinya. Jangan biarkan semua perkara isteri buat sendiri. Mula-mula memang tak apa, baru-baru kahwin kan kalau dah lama nanti mahu bermasam muka dengan isteri sendiri.



Kalau rasa nak bebas dan berseronok tanpa halangan, jangan kahwin dahulu. Macam nasihat yang dikongsikan oleh Ariff Ismail ini, ‘Jangan Kahwin Kalau Nak Jadi King’.

"Yang mana wallet abang ?yang anak dah mandi belum? Yang dah siap masak? Yang baju b dah gosok?"

Maka datang lah sang bini menjawab dan membuat arahan dari sang King. Umpama dalam syurga bila berumah tangga.

"Abang tolong sayang buang sampah please. Bie tolong mandikan anak boleh ? Bie kita makan kat luar boleh ke hari ni? Hari ni je syg tak larat lah nak masak".

Bila si bini meminta tolong mesti di dahulukan dengan perkataan " tolong " " please " " boleh ". Itu pon belum tentu kita buat lagi, betul tak sang king sekalian?

Resam berumah tangga ni kena ada tolak ansur kena banyak bersabar. Tak kira siapa lebih tua tak kira siapa lebih kaya. Yang kahwin kita brother bukan umur bukan duit.

Yang mana baru nak dirikan masjid nak langsungkan perkahwinan, mai ambik sikit ilmu rumah tangga ni. Nak kahwin jangan jadi King.



Resam masyarakat melayu anak perempuan kena tahu semua kerja rumah dan anak lelaki tak tahu pon takpe. Jadi perempuan kena tahu masak, siang ikan, kemas rumah, jaga adik beradik dan serba serbi kena tahu.

Sampai lah ke alam perkahwinan perkara ni berlanjutan, sikap King kita ni terbawa bawa sampai ke alam perkahwinan.

Bila kahwin, bini kena tahu masak, bini kena tahu kemas rumah. Bila dah ada anak bini kena tahu jaga anak bini kena tahu jaga laki. Laki tugas cari nafkah zahir dan batin.

Nak serasi buang 3 sikap "KING" kita sebagai lelaki:

1. Penting Diri

Bila dah kahwin kita tak boleh pentingkan diri, kita kena fikir perasaan bini juga brother. Kena tahu benda apa yang kita boleh bantu bini kita dalam urusan rumah tangga.

Perkara asas seperti siang ikan, lipat baju, mop lantai kita kena ambik tahu. Belajar pergi pasar beli ikan, beli sayur dan barang dapur.

Buat kerja rumah sama sama tu indah brother, kita dapat rasa lebih lagi kemanisan hidup berumah tangga.



2. Me Time

Kalau dulu kita duduk bujang boleh lah bila masa cuti kita main PS4 dari pagi sampai ke petang. Bila dah kahwin kena bagi masa dan kongsi hobi dengan bini.

Mental kena kuat sebab kita kena banyak berkongsi termasuk barang kesayangan kita. Jangan jadi King sangat sampai bini tak boleh sentuh barang peribadi kita.

Ni sentuh koleksi " Gundam " pon boleh jadi perang dunia baik lupakan lah hasrat nak bina masjid tu.

3. Lepak

Bila kita dah kahwin jangan rasa diri macam orang bujang, sibuk lepak dengan kawan sampai pagi buta. Hati bini kena jaga brother, bini ni dia kata je ok, dalam hati dia kita tak tahu.

Jangan takut digelar " PERTIBI " bila masa lepak dengan kawan kawan sebab kita nak gerak balik awal. Tahu tak pertibi tu apa ? " PERSATUAN TAKUT BINI ".

Kita bukan takut bini sebab nak balik awal tapi sebab bini tak takut kita, haa jangan serius sangat gurau je. Balik awal sebab nak bahagiakan bini. Nak bini happy tak kesunyian seharian jaga anak kat rumah.

Sekadar perkongsian untuk anda yang bakal berkahwinan, maklumlah dah nak masuk musim majlis kahwin tak lama lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen