Tak Yakin Untuk Jalankan Perniagaan? Ini 5 Tanda Anda Sedia Buat Bisnes.

Oleh: Zuzu Yasmine

Melihat orang berjaya dalam perniagaan yang mereka ceburi itu memang seronok sahaja. Mana tidaknya, rasa ia bagaikan menaikkan semangat kita untuk memulakan perniagaan juga. Akan tetapi bila difikir-fikirkan semula akan risiko yang bakal dihadapi menjadikan niat untuk melakukan perniagaan itu terbatal.



Walaupun pada ketika ini pelbagai jenis perniagaan begitu mudah untuk dilakukan, tetapi keuntungan, persaing serta risiko yang belum tentu sering kali menjadi seseorang itu berteka teki untuk melaksanakannya. Niat untuk menjalankan perniagaan itu sudah lama, tetapi hati selalu berasa tidak yakin untuk melakukannya.



Buat anda yang sudah lama menyimpan perasaan untuk miliki perniagaan sendiri itu, cuba lihat tips yang Tuan Norizan Bin Sharif ini kongsi. Mana tahu ia membantu anda dalam membuat keputusan.

Lima Tanda Anda Sedia Buat Bisnes

1. Anda ada idea dan ada tahu bagaimana nak buat idea tersebut menjadi realiti. Usahawan mesti mampu melihat "big picture" dan dia juga boleh sinsing lengan. Usah pandai bercakap saja.

2. Anda seronok dan passionate dengan sesuatu yang anda lakukan. Dalam dunia keusahawanan, lebih banyak sunyi dari sorak. Dalam dunia bisnes, ada kala anda kena berjalan seorang diri. Sekiranya anda suka dengan bisnes itu, lebih mudah.

3. Anda berhati kering. Apabila jatuh, anda bangun semula dan terus melangkah. Anda tidak berhati tisu.

4. Ada tahu bagaimana menguruskan risiko. Dalam bisnes, banyak perkara di luar jangkaan. Bukan semua boleh diramalkan. Dunia bisnes tak sama dengan dunia orang makan gaji.

5. Anda sentiasa mahu belajar, sepanjang hayat. Apabila orang berkongsi ilmu, anda dengar. Apabila orang lain berkongsi pengalaman, anda pasang telinga besar-besar. Orang bisnes tak boleh bodoh sombong.

Kalau dah ada 5 perkara ini, jangan tunggu lama-lama lagi. Laksanakan perniagaan anda dari sekarang. Tak salah kalau nak mencuba.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen