Bahaya! Jangan Panaskan Semula Sayur Bayam Yang Telah Dimasak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi kebiasaan kita apabila sesuatu makanan yang tidak habis itu akan disimpan di dalam peti sejuk dan akan dipanaskan semula pada keesokkan harinya. Mana tidaknya, tidak mahu membazir malah ia boleh lagi dimakan pada hari esoknya.



Akan tetapi, ramai yang tidak sedar akan bahaya jika makanan itu disimpan untuk tempoh yang terlalu lama.



Menurut perkongsian yang dimuatnaik oleh USDA Food Safety melalui akaun Twitter rasmi mereka baru-baru ini, makanan sudah dimasak hanya boleh disimpan selama empat(4) sahaja.

Ini kerana makanan tersebut akan mula rosak jika tersimpan untuk tempoh yang lebih lama. Selain itu, makanan berkuah pula dinasihatkan untuk disimpan untuk tempoh maksima tiga(3) hari. Hal ini disebabkan oleh bakteria masih boleh membiak pada suhu peti sejuk.

Tetapi berlainan pula dengan sayur bayam yang telah anda masak. Ini kerana, sayur bayam yang telah masak tidak elok untuk dipanaskan semula.



Sayur bayam mengandungi vitamin A, vitamin B, vitamin C, zat besi, dan kalium. Bayam sememangnya memiliki banyak khasiat dan manfaat untuk tubuh kita antaranya ialah mengatasi kurang darah, menurunkan demam, meningkatkan fungsi ginjal dan masih banyak lagi.

Dan disebabkan itu bayam sering menjadi menu masakan pilihan untuk kita semua. Tapi tahu tak anda bayam mempunyai efek sampingan yang merbahaya?

Sayur bayam boleh menjadi bahaya jika dipanaskan semula selepas 12 jam.

Menurut laman Eufif.org, bayam memiliki kandungan nitrat yang sangat tinggi. Tinggi atau rendahnya kandungan nitrat ini ditentukan oleh tanah tempat bayam tumbuh. Apabila kandungan nitratnya semakin tinggi, maka kadar bahayanya semakin tinggi.

Jika sayur bayam dipanaskan semula, kandungan nitrat di dalamnya dapat berubah jadi sejenis cairan korosif yang tidak berwarna, dan cairan tersebut merupakan jenis asid beracun.

Selain itu, nitrat juga boleh berubah menjadi nitrosamin, sejenis bahan yang menyerupai zat karsinogen yang dapat menyebabkan kanser.

Perubahan nitart tersebut adalah disebabkan oleh perubahaan suhu yang terjadi selama proses pemanasan kembali sayur bayam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen