“Kalau Nak Bawa Anak-Anak Main Di Kolam Bola, Make Sure Mandikan Anak Lepas Tu..” Nasihat Doktor Ini.

Sudah menjadi trend terkini, para ibu bapa akan membawa anak-anak bermain di kolam bola untuk beriadah dan berekreasi. Ia bukan sahaja menarik perhatian anak-anak kecil kerana mempunyai pelbagai warna bola, malah orang dewasa juga turut bermain bersama dengan anak-anak mereka.

Walaupun ada kebaikan untuk tumbesaran anak-anak, ia juga boleh memudaratkan kesihatan anak-anak seperti perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin ini…

********

Satu Berita Baik, Dan Satu Berita Tak Baik.

Berita tak baik:

Kolam bola yang tidak diselenggara dengan baik kebersiham dan keselamatan nya mendedahkan kanak-kanak kepada risiko kecederaan akibat benda tajam, menjadi tempat pembiakan kuman. Ini semua kita dah tahu, kerana ia ketap viral.

Berita baik:

Kolam bola ini bagus kanak-kanak yang ada masalah perkembangan pemprosesan sensori. Ia membantu dalam kanak-kanak memahami sensori tubuh mereka. Ini tak semua faham, tapi jangan risau. Perkara inilah saya nak ulas.

Apa Itu Pemprosesan Sensori?

Pemprosesan Sensori(sensory proscessing) adalah proses untuk mengatur semua stimulasi dari persekitaran yang diterima oleh deria, agar seseorang itu boleh menggunakan tubuhnya dengan baik dalam sesuatu persekitaran.

Kolam bola didapati dapat melatih sensori visuo-spatial, propriosepsi, ekuilibrium, dan memberi rangsangan pada penglihatan, sentuhan, serta tekanan.

1. Visuo-spatial.

Sensori berkaitan kebolehan menganggarkan kedudukan objek dalam ruang. Hanya dengan melihat kita boleh anggar jarak dan saiz objek berdasarkan benda-benda di sekitarnya.

2. Propriosepsi(proprioception).

Sensori berkaitan kebolehan menganggarkan keberadaan dan posisi anggota tubuh di dalam ruang. Tanpa lihat kita boleh tahu tangan kita di mana dan sedang buat apa, kan?

3. Ekuilibrium(vestibular).

Sensori berkaitan keseimbangan tubuh. Ia melibatkan memahami dinamik graviti, tujahan, momentun dan elemen fizik yang bertindak ke atas tubuh.

Bagi melatih sensori-sensori ini, kanak-kanak perlu berlari, melompat, jatuh, berguling, membuai, berkubang dan sebagainya. Itu naluri mereka, dan ia sebahagian daripada cara mematangkan sensori.


Macam mana pemain bola boleh buat sepakan dengan tepat ke gawang? Bagaimana pemain golf boleh pukul bola masuk dalam lubang kecil?

Kerana ahli sukan berjaya benar-benar menguasai pemprosesan sensori-sensori ini melalui latihan, dan latihan itu bermula dari umur kanak-kanak.

Kolam bola menyediakan ruang untuk aktiviti yang memberi stimulasi dan rangsangan untuk latih tiga sensori unik ini. Sebab itu, kolam bola juga dibina hospital dan pusat rehabilitasi yang merawat kanak-kanak yang kelewatan dalam perkembangan.

Antara kanak-kanak yang mendapat manfaat daripada terapi kolam bola adalah kanak-kanak autistik, cerebral palsy, serta sindrom-sindrom lain.

Berdasarkan Perkara Ini, Bila Di Tanya Adakah Kita Sebagai Ibu Bapa Perlu Mengelakkan Anak-Anak Daripada Bermain Di Kolam Bola, Saya Perlu Beri Dua Jawapan….

1. YA, PERLU ELAK!

Elak kolam bola yang tidak diselenggara keselamatan dan kebersihannya dengan baik. Khuatir anak akan tercedera atau dijangkiti penyakit berjangkit.

2. TAK, JANGAN ELAK!

Ia mematangkan pemprosesan sensori, dan menjadikan kanak-kanak lebih cekap dalam aktiviti fizikal, serta meningkatkan potensi mereka.

Lazimnya kolam bola di hospital dan pusat rehabilitasi diselenggara mengikut jadual. Ada dua set bebola. Setiap kali satu set dihantar untuk dibersihkan, set simpanan akan diguna. Kolam juga dibersihkan semasa penukaran bebola.

Hal ini saya pasti. Saya pernah berkhidmat di Jabatan Rehabilitasi hospital kerajaan, dan memang ada jadual pembersihan kolam bola. Malah setelah saya buka pusat rehabilitasi sendiri, saya juga pastikan kolam bola dibersihkan secara berkala.

Apapun, lepas main di kolam bola, mandikan anak-anak.

Selain itu, ibu bapa juga boleh buat kolam bola di rumah. Gunakan kolam tiup(inflatable pool), dan isikan dengan bola. Boleh juga gunakan playpen. Bersihkan secara berkala. Maka tak ada kebimbangan, sebab kita selenggara sendiri.

OK, semoga bermanfaat!

********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen