Bila Sudah Berkahwin Jangan Berbelanja Ikut Cara Hidup Masa Bujang, Cuba Ingat Dekat Anak Isteri Sikit.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah kewangan dalam alam perkahwinan ini sememangnya tidak boleh lari, terutama jika kita ini adalah golongan yang hujung bulan dalam bank tinggal RM50. Biasa golongan seperti kita ini sudah tentulah akan rasa akan sempit bila tiba hujung bulan.

Lagi-lagi kalau sudah ada anak bini, mahu nak beli susu lagi, lampin lagi dan pelbagai lagi lah. Itu baru anak, buat isteri pula sudah tentulah nafkah setiap bulan, walaupun isteri bekerja nafkah itu tetap perlu dihulur, tak dapat banyak sikit pun jadi lah.

Tapi jika dalam masalah kewangan dalam rumahtangga ini, salah siapa jika wang tidak cukup setiap bulan? Salah isteri yang berbelanja atau salah suami yang suka tambah hutang?

Sedikit perkongsian daripada Ariff Ismail ini mengenai perkara ini.



Banyak yang kita dengar pergaduhan pasangan suami isteri berpunca dari masalah kewangan.

" Masa susah dengan bini, bila senang lupa bini "

Dari zaman cerita P Ramlee lagi kita dah dengar ayat dalam drama :

" Kau tengok jiran sebelah gelang emas nahh sampai lengan, aku ni semayang emas pon kau tak bagi ".

Kenapa jadi masalah kewangan dalam perkahwinan? Isteri boros berbelanja atau sang suami kaki joli? Kita ni brother nak duit tak habis bagi je bini urus.

Bab ni memang tak boleh dinafikan kebanyakan wanita lebih cekap dalam soal pengurusan wang. Depa ni bab kira kira memang champion, bill, beli barang dapur nak bagi mak bapak memang kepakaran mereka.

Tak dinafikan zaman sekarang majoriti isteri bekerja dan menjadi penyumbang sumber kewangan keluarga. Tapi satu je kita kena ingat tanggungjawab utama tetap di bahu kita.

Bila bini dah bantu, jangan kita buat buat lupa duit kena bagi gak kat bini. Kadang kadang kita lupa atau buat buat lupa,bila bini dah bantu dari segi kewangan kita tak ganti semula.

Jangan buat hutang tak perlu sebab itu akan sedikit sebanyak membeban kan bini. Tukar sport rim setiap kali dapat bonus. Beli keta baru setiap tahun. Semua ini akan menambah beban dalam pengurusan kewangan keluarga.

Kita sebagai suami kena pandai kawal aliran keluar masuk duit, sebab bila dah ada keluarga, ada anak bini, komitmen semakin bertambah. Anak sorang ok lagi, bila anak dah masuk 2-3 orang dan dah mula masuk sekolah maka makin bertambah lah komitmen kita.

Kita sebagai ketua keluarga kena banyak belajar tentang pengurusan kewangan keluarga. Pastikan segala perbelanjaan dalam kawalan dan mempunyai simpanan kecemasan.

Jangan belanja ikut cara kita hidup bujang. Dulu masa bujang boleh la kita tak ada duit makan nasi bujang atau makan maggi. Dah ada anak bini bila tak ada duit pon tetap nak kena pastikan mereka ada makanan.

Jangan beban kan bini dengan hutang yang kita buat. Cukup lah bini penat urus rumah tangga, jangan bagi dia penat nak urus hutang kita pulak.

Cuba kita renungkan apa terjadi jika kita takda satu masa nanti dan tinggalkan bini dengan hutang? Tak ke pitam bini kita nak fikir, dengan sedih kita mati lagi, dengan nak urus anak, inikan pula mereka nak fikir hutang yang kita tinggalkan.

Jom kita renungkan petikan hadith dan ayat al quran di bawah:

"Sabda Nabi SAW, daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada dibawah penjagaannya.” (Riwayat Abu Daud - 1692)"

“Dan (menjadi kewajipan) ke atas seorang bapa itu (untuk menyediakan) rezeki untuk mereka (ibu-ibu) dan juga pakaian mereka dengan cara yang makruf. (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Sekadar perkongsian, semoga bermanfaat kepada semua.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen