Ibu Ayah Beri Peluang, Beri Pujian, Anak Akan Jadi Hebat!

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak jadi mak ayah, memang lah bukan satu perkara yang mudah. Nak mendidik malah menjadi contoh yang baik buat anak-anak itulah perkara yang menyukarkan sekali. Tidak hanya itu sahaja, kadang kala kita sebagai ibu bapa ini begitu takut jika anak kita ini terluka mahupun melakukan kesalahan dalam kehidupan mereka.

Orang kata selagi kita tidak terluka atau melakukan kesalahan, selagi itulah kita tidak akan belajar erti kehidupan. Jadi sebagai ibu ayah, sentiasa sokong apa yang anak kita lakukan dan jangan sesekali memandang rendah terhadap apa yang mereka lakukan.

Kita sebagai ibu ayah ini kena yakin dengan anak-anak kita. Kalau bukan kita yang percaya dengan anak sendiri siapa lagi yang akan mempercayai mereka. Seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais, beri peluang, berikan pujian maka anak akan menjadi hebat.



Beri Peluang, Beri Pujian, Anak Akan Jadi Hebat!

Berhenti jadi mak ayah yang prejudis terhadap anak sendiri. Mula mempercayai dan anak akan mula percaya mak ayah.

Jadi mak ayah memang susah. Tapi nak jadi anak yang sempurna sebenarnya 2 kali ganda lagi susah.

Mana tak susahnya, apa yang anak nak bagitahu mak ayah tak nak dengar, kalau dengar pun bukan faham sepenuhnya. Balik balik anak yang akan dipersalahkan balik.

Bila buat salah kena marah kaw kaw. Bila tolong kemas rumah, cakap ni mesti mengada ngada nak main vakum la tu. Bila ikut apa yang mak ayah buat, kena warning konon orang dewasa je boleh buat budak-budak tak boleh.

Serba serbi tak kena di mata mak ayah. Rasanya inilah rintihan di hati anak-anak yang kita tak pernah terfikir pun ia wujud.


Berhenti la jadi mak ayah yang prejudis. Mula percaya dengan anak sendiri.

1. Beri peluang anak buktikan diri mereka. Kalau anak nak tolong kemas rumah biarkan. Pantau dan didik cara yang betul mengemas rumah. Main-main sedikit tu biasa la budak budak. Tunjukkan cara main yang selamat, jangan sampai vakum rosak sudah la.

2. Nampak anak buat kebaikan beri pujian kaw kaw sampai dia rasa bangga yang amat sangat. Jika nampak anak buat salah elakkan marah kaw kaw, cukup sekadar bagi nasihat dan ajar anak minta maaf.

3. Bagaimana respon mak ayah menentukan samaada anak akan cenderung untuk buat kebaikan atau kesalahan. Anak yang suka pujian akan buat kebaikan lebih dari anak yang tak suka pujian. Ni fitrah human being.

4. Didikan pada anak-anak berterusan 24 jam sehari. Apa dia lihat, dengar, buat dan praktis setiap hari adalah makanan bagi minda dia. Nak minda anak sihat maka kena la bagi makanan minda yang sihat sihat sahaja.

5. Jadi role model yang hebat buat anak-anak. Mak ayah jika ada ilmu setinggi gunung pun jadi membazir jika ilmu tu tak dapat di manfaatkan pada anak-anak.

Wallahu A'lam,
Mohd Fhais

Anak ni umpama burung. Jika di kurung patah sayap, jika di lepas sekejap je dah sampai awan.

p/s : Semoga post ini dapat memberi manfaat pada ramai mak ayah di luar sana supaya semua anak-anak bangsa kita jadi hebat satu hari nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen