"Didik Anak Lelaki Buat Kerja Rumah Bukan Nak Jadikan Mereka Pondan" Kongsi Lelaki Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak akhir-akhir ini ramai pihak yang mula memberi kesedaran akan pentinganya mendidik anak-anak lelaki melakukan kerja rumah. Ini kerana, didikan awal sebegini mampu membantu anak-anak lelaki lebih kenal erti tanggungjawab selepas berkahwin nanti.

Tidak dapat dinafikan dalam masyarakat kita ini sememangnya telah sebati bahawa kerja-kerja menguruskan rumah itu adalah kerja kaum wanita. Sebab itu dari kecil lagi mereka ini sudah terdedah dengan membantu ibu di dapur dan menguruskan kerja rumah. Berlainan pula dengan anak lelaki, biasanya anak lelaki ini tidak digalakkan untuk melakukan kerja rumah malah merasakan kerja-kerja seperti itu bukan tugas mereka.



Mungkin ramai yang sudah biasa akan adat nenek moyang ini dengan menganggap bahawa tugas orang perempuan ini di dapur manakala tugas orang lelaki mencari nafkah buat keluarga. Perkongsian dari Ariff Ismail menyuarakan pendapatnya menyeru agar ibu bapa mengubah persepsi lapuk sebegini dan anak lelaki juga perlu belajar buat kerja di rumah.

" Kakak tolong mama masak, kejap lagi tolong jemur baju, lepastu kain yang dah kering, lipat susun dalam almari "

Rata rata keluarga dalam masyarakat memang akan menitik berat supaya anak perempuan tahu urus soal rumah tangga. Manakala yang lelaki diajar supaya jadi " King ".

Maka keluarlah dialog :

" kau nak jadi ape? perempuan tak reti masak, tak tahu kemas rumah, besok besok dah besar nak kahwin ape pun kau tak tahu ". Bebel mak nya.

Itu ayat yang biasa mak mak zaman dulu keluar bila membebel perihal anak perempuan. Memang setiap kerja rumah atas bahu anak perempuan.



Anak lelaki kita lebih ditugaskan untuk bertukang, beli barang dan lain lain kerja luar. Itu yang bila dah besar, bini suruh pergi pasar pun tak kenal ikan, tak tahu rupa sayur. Suruh beli lengkuas bawak balik halia. Hahaha… kau ingat lawak?

Jom ubah sikit cara didikan anak lelaki, jangan letak dalam kepala anak lelaki tak perlu tahu cara urus rumah tangga.

Benda boleh ubah kita ubah. Cukup lah bila suruh kami golongan bapak zaman sekarang ni tak tahu buat.

Kita ajar cara urus rumah tangga bukan nak ajar anak lelaki jadi pondan. Tak salah ajar ilmu memasak, mengemas dan mengurus rumah kat anak jantan kita. Nanti depa tahu buat, kita juga yang senang.

3 cara didik anak lelaki urus rumah tangga :



1. Kemas Rumah

Perkara paling asas perlu di didik dari kecil, ajar anak lepas makan basuh pinggan, lepas mandi masuk baju dalam bakul, lepas main kemas barang, susun semula barang pada tempat nya.

Resam anak jantan ni, lepas makan tinggal je, lepas mandi baju bersepah. Bilik tidur selimut tak kemas, cadar tak betul kan. Sikap " king " ni boleh diubah. Bila kita ajar dari kecik sampai ke besar lah mereka akan ikut.

Bila hujung minggu, galakan anak untuk gotong royong basuh toilet, sapu rumah, mop lantai. Jangan manjakan anak dengan kita yang jadi bibik mereka.



2. Pergi Pasar

Kenalkan barang basah dan kering pada anak, jangan fikir ala anak kecik lagi tak perlu tahu. Kalau kita fikir macam tu, memang sampai besar lah dia tak tahu.

Ajar anak beli ikan dan sayur di pasar. Macamana nak tengok ikan tu segar lagi atau tidak. Tunjuk jenis ikan pada mereka, tak da lah besar nanti suruh beli ikan kembong dia bawak balik ikan selar.



3. Masak

Bab ni sangat penting untuk ajar anak kita, ajar masakan asas yang mudah untuk mereka ingat. Ajar macamana nak goreng ikan, goreng nugget, buat nasi goreng. Benda paling simple ajar mereka masak nasi dan goreng telur.

Bukan kita nak ajar dia masak nasi beriyani, tu dah advanced sangat. Bila ajar masak kenalkan pada anak jenis bawang, garam, gula, kunyit. Kunyit ni pesan siap siap kau jangan dah besar mengunyit pulak.

Inshaallah, bila kita dah ajar perkara asas memasak ni, takda lah nanti bila kita outstation ke ada event, anak duk makan maggi je kat rumah.

Semudah ABC dan Alif Ba Ta sahaja nak didik anak lelaki ni supaya jadi lebih bertanggungjawab dan tahu urus rumah tangga. Ajar mereka 3 langkah diatas, jangan hanya focus ajar anak perempuan sahaja bab bab bantu kita urus rumah.

Teringat zaman kecik dulu, saya duk membebel kat arwah mak bila kena masuk dapur, ikut pergi pasar dan belajar masak. Bila dah besar baru tahu ini lah ilmu paling berharga yang mak ajar. Terima kasih mak atas didikan yang di beri.

Dalam keluarga saya memang tak kira lelaki ke perempuan tetap kena buat kerja rumah. Gambar dibawah anak sedara saya umur baru 12 tahun dah boleh masuk dapur, kemas rumah, dan jaga adik.

- Ariff Ismail –

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen