Nak Kahwin Nanti, Ikut 5 Cara Ini Untuk Bersyukur Dengan Pasangan.

Kebanyakan perceraian yang berlaku dalam negara kita adalah berpunca daripada suami isteri itu sendiri. Dan antara salah satunya adalah tidak bersyukur dengan pasangan.

Tidak bersyukur dengan peribadi pasangan yang berubah sehingga mahu mengubah diri mereka. Padahal perubahan akan berlaku adalah atas kesedaran diri mereka. Kesedaran apabila ketika hati dan perasaan berbolak-balik, Allah yang gerakkan hatinya.

Sebab itu perlu bersungguh-sungguh berdoa pada Allah segala kekurangan pasangan.

Jadi, bagi mereka yang mahu berkahwin dan membina rumah tangga, ini 5 cara untuk bersyukur dengan pasangan…

1. Sebelum mahu mengeluh dan merungut, BERSYUKUR.

Bangun pagi, bersyukur…

Masih ada lagi pasangan disisi, bersyukur…

Masih ada lagi anak-anak berlari-lari, bersyukur…

Masih ada lagi makanan bawah saji, bersyukur…

Masih ada rumah dan gaji, bersyukur…

Apabila kita belajar untuk bersyukur, setiap kelemahan dan kesilapan pasangan kita sukar untuk terus mengeluh dan merungut, tetapi melihat disebalik hikmah yang tersembunyi. Apa yang tersirat dan tersurat.

2. TATAP muka pasangan.

Orang sekarang sukar untuk menatap muka pasangan, apatah lagi mahu bertentangan mata apabila berkomunikasi. Sebab itu kalau berlaku pergaduhan, masing-masing tidak berpuas hati.

Tatap muka dia…

Lihat ke dalam matanya…

Ambillah masa untuk mengamati wajah yang anda cintai kerana daripada riak mukanya anda akan belajar untuk bersyukur dan menghargai.

3. LUAH daripada hati.

Kunci dalam rumah tangga adalah komunikasi. Pasangan suami isteri perlu telus tentang perasaan dan hati. Bagaimana dengan menjadi telus, pasangan suami isteri belajar untuk bersyukur?

Dengan mengetahui luahan hatinya, pasti anda akan berasa bersyukur.

Bersyukur hatinya masih ada lagi sayang….

Bersyukur hatinya masih ada lagi cinta…

Bersyukur hatinya masih ada rindu….

Luahkan jika ada juga perasaan cemburu…

Dengan adanya kata-kata cinta antara suami dan isteri, pasangan akan belajar untuk bersyukur.

4. TUNJUK perasaan sayang.

Kasih sayang antara suami isteri ini tanpa sempadan. Bukan sahaja melalui kata-kata, malah melalui perbuatan. Jadi, tunjukkan rasa sayang melalui perbuatan. Bagilah pelukan dan ciuman.

Peluk dan cium kerana masih ada pasangan disisi.

Bersyukur kerana masih dapat memeluk dan mencium pasangan.

Tidak seperti insan lain yang masih lagi tercari-cari siapa jodohnya…

5. Murah dengan SENYUMAN.

Tersenyum kerana bersyukur.

Orang yang bersyukur akan sentiasa tersenyum. Tersenyum kerana menerima sesuatu dengan berlapang dada.

Jadi sentiasa murah dengan senyuman terutamanya dengan isteri dan anak-anak tercinta. Jangankan pula dengan orang luar bersungguh-sungguh tersenyum, tetapi asalkan dengan keluarga bermasam muka.

Silaturahim ini yang perlu dieratkan lagi.

Eratkan dengan senyuman.

Eratkan dengan rasa kesyukuran.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen