Berhasrat Nak Beli Rumah Lelong? Ini Yang Perlu Anda Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tidak ingin memiliki rumah sendiri, mana tidaknya rasa rugi pula kalau bulan-bulan bayar sewa sahaja tetapi rumah bukan miliki sendiri. Tidak hanya itu sahaja, kalau rumah sendiri kita bebas nak renovate atau lakukan apa sahaja dekat rumah tersebut.

Orang kata kalau nak beli rumah murah baik beli rumah yang lelong. Walaupun bukan rumah baru tetapi rumah sebegini sesuailah buat kita yang tidak mampu rumah baru, biasalah rumah baru kan mahal. Rumah lelong ini murah memang lah murah tetapi ada juga kelebihan dan kekurangannya.



Sedikit nasihat daripada Farizal Radzali buat anad yang ingin beli rumah lelong itu.

Sesiapa yang berhasrat nak beli rumah lelong, selidik betul-betul segalanya tentang rumah & tuan rumah. Memanglah beli rumah lelong murah, tapi tak semuanya indah. Ada yang indah khabar dari rupa. Jangan sampai yang diingat mudah itu menjadi beban untuk kita di masa akan datang.



1. Pada masa setuju nak bida rumah tu, anda kena bayar 10% dari harga lelongan yang dibida. Andai tiba-tiba anda tak jadi beli atau loan tak lulus, 10% yang dah dibayar akan hangus begitu saja.

Namun begitu, ada juga yang menyatakan bahawa bayaran 10% akan dapat semula kalau tidak jadi beli.

2. Tengok keadaan rumah, memang beli lelong murah tapi kalau dah kos repair lebih dari kos beli rumah, macam mana pulak. Kena ambil loan lain pulak untuk repair rumah. Melainkan anda ada banyak tunai di tangan.

3. Pembayaran baki jualan penuh mesti dibayar dalam tempoh 90 hari. Itu syarat. Andai tak selesai dalam tempoh tersebut, segala duit yang telah dikeluarkan dikira hangus

4. Cukai tanah, cukai pintu, indah water & segala cukai tertunggak bagi rumah rersebut, anda kena dulukan tak kira la berapa ribu riban. Bank akan bayar balik sehingga tarikh lelongan sahaja, itupun setelah semua bayaran harga belian telah dibuat.

5. Pastikan anda yang pergi membida, bukan ejen. Jika anda membeli rumah lelongan melalui ejen, ada kos lain yang anda perlu bayar kepada ejen.

6. Bahagian paling sedih... Setelah semua bayaran dibuat, rumah pun dah tukar nama, orang yang tinggal di dalam rumah yang dilelong tu taknak keluar dari rumah tersebut. Jadi 1 kerja untuk anda dapatkan perintah mahkamah untuk mengusir keluar orang tersebut. Ini pun perlu kos juga. Masing-maisng dah lepas masalah mereka, bank dah dapat duit dia, ejen dah dapat komisen dia, mahkamah dah dapat fee dia, peguam dah dapat bayaran dia. Andalah yang terkontang kanting usaha mcmmana nak halau orang tu keluar. Ada duit takpe, semua boleh buat.

Ada beberapa perkara lagi, tapi yang paling perlu diambil tahu adalah 6 perkara ini. Yang paling penting, pastikan anda ada tunai yang banyak di tangan.

Tapi Jangan takut sangat. Tak semua kes jadi mcm ni. Ada yang mudah saja, dgn izin Allah. Cuma peringatan untuk lebih memberi perhatian.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen