Isteri Ini Ibarat Lombong Emas, Semakin Banyak Suami Bersabar Dengan Peelnya, Makin Banyak Kebaikan Isteri Kelihatan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan orang lelaki sahaja yang boleh jadi harimau atau singa ini, orang perempuan juga boleh. Kalau sebelum kahwin mereka ini kelihatan lemah lembut dan begitu sopan santun, tidak mustahil kalau sudah berkahwin mereka ini akan bertukar sikapnya.

Tidak semua perkara yang kita nampak masa bercinta itu akan kekal sebegitu, bila sudah tinggal sebumbung dengannya, lagi banyak perkara mengenai dirinya kita tahu. Kalau masa bercinta nampak macam wanita melayu terakhir, boleh jadi mereka ini selepas berkahwin mereka ini jadi si badang yang gagah perkasa.



Isteri ini memang pelbagai ragam dan ragam itulah yang akan menghiburkan hari-hari para suami. Namun apa pun sikap yang isteri kita miliki kenalah sabar melayan kerenahnya. Setiap kesabaran kita itu pasti ada kebaikan si isteri. Macam nukilan daripada Mohd Fhais ini, semakin kita kenal isteri semakin banyak perkara yang kita belajar dengannya.



Beruntung dapat isteri garang macam singa ni.

Ada ketika dia boleh jadi singa betina, garang ya amat. Ada ketika dia boleh jadi singa laut, manja kemain lagi. Sabar je la kawan!

Isteri banyak ragam ni, tersimpan hikmah yang banyak buat suami.

Bila kita hadiahkan tudung mahal dia punya girang, senyum sampai ke telinga. Dia punya manis mulut, sampai semut pun hurung.

Tapi bila kita terduduk atas tudung dia, dia punya teriak sampai jiran sebelah pun boleh dengar. Mulut manis tadi jadi tawar. Seolah olah terlupa tudung tu siapa yang belikan. Sabar je la!

Lagi satu bila nampak lipas dalam bilik air, dia punya takut macam nampak harimau. Nak terkencing pun boleh tahan lagi. Penakut bangat.

Tapi lain cerita masa nak beranak, wanita la orang paling berani sekali. Kita yang teman dia beranak pula naik takut, tekak naik loya tengok darah bagai. Nak nak kalau terkeluar suara jantan, seram wei!

Warna warni seorang isteri hanya suami yang tahu.

Begitulah wanita yang bergelar isteri. Di setiap 1 perkara yang kita tahu, ada tersimpan lagi 10 rahsia yang kita tak tahu. Semakin lama kita kenal, semakin banyak perkara kita belajar tentang dia.

Suami kena banyak sabar, kena hadap dan kena hadam semua peel isteri.

Wanita ibarat lombong emas. Lebih dalam kita lombong lebih banyak emas menanti. Begitulah sangat bernilainya isteri kita.

Sebab itu la sebagai suami, kita kena banyak bersabar kerana percayalah semakin kuat kita sabar semakin banyak kita akan nampak kebaikan isteri.

Wallahu A'lam,
Mohd Fhais

Nak faham suami sehari dah cukup tapi nak faham isteri makan tahun pun belum tentu cukup. Tu kena banyak sabar!

p/s : Post ini halal untuk di kongsi dengan pasangan anda semoga bermanfaat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen