Bawang Putih Mampu Bantu Hilangkan Angin Dalam Tubuh Badan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bawang putih ini tidak hanya sesuai untuk kegunaan di dalam masakan sahaja, tetapi ia juga sesuai digunakan untuk kesihatan tubuh badan khususnya membuang angin dalam badan.

Angin dalam badan pasti memberi ketidakselesaan kepada anda, perut akan jadi kembung dan boleh melarat ke bahagian kepala.

Pasti pelbagai jenis ubat telah anda telan bahkan telah juga mencuba pelbagai petua tradisional lain yang dikatakan mampu mengurangkan angina dalam badan namun semuanya tidak berkesan buat anda. Jadi kali ini kami sarankan anda guna bawang putih bagi membuang angin tersebut. Jom cuba!



Jangan risau akan rasanya, ia tidaklah sepelik yang anda sangkakan terutama yang panggang, sedap rasanya!

1. Minum air bawang putih.



Caranya mudah, ambil beberapa ulas bawang putih dan buang kulitnya. Kemudian hiris bawang putih itu nipis-nipis.
Rebuskan ia bersama dua gelas air putih sehingga berkurangan kepada satu gelas. Selepas itu, siap untuk diminum. Sebaik-baiknya, minum ramuan ini sebulan sekali.

Cara lain, tumbuk bawang putih, kemudian campurkannya dengan air panas. Tunggu sehingga air bawang keluar barulah minum.

2. Masukkan ke dalam nasi yang panas.



Basuh bersih bawang putih, potong hujung tampuk sikit. Kemudian benam dalam nasi yang baru masak. Nanti wap panas nasi akan masakkan bawang itu. Warna bawang akan bertukar jernih malah nasi juga tidak berbau bawang. Sebelum makan buang kulit dahulu.

3. Panggang atau goreng tanpa minyak.



Ini cara paling lazat sekali. Anda boleh menggoreng bawang tanpa minyak ataupun panggang di dalam ketuhar. Boleh juga jika dibakar. Ikit kemahuan anda.

Buat mereka yang kurang rehat serta tiada masa untuk pergi berurut, cara ini adalah paling mudah untuk mengurangkan angin di dalam badan anda. Selamat mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen