Hapuskan Sarang Bakteria Dengan Mengemas Rumah Selepas Sembuh Dari Penyakit.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas sembuh dari penyakit sudah tentu anda mahukan satu udara yang segar malah menyegarkan badan anda. Sepanjang anda sakit sudah tentu anda telah menyebar bakteria di seluruh ruang rumah anda. Tidak kiralah sama ada anda yang menghidap penyakit atau orang di rumah anda, anda tetapi perlu membersihkan sekeliling rumah tersebut.

Keadaan rumah yang tidak dibersihkan selepas anda sembuh dari penyakit itu kemungkinan akan menyebabkan anda dijangkiti semula. Nah untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, anda perlu membersihkan kawsan rumah anda.



Tapi apa kerja-kerja pembersihan yang bagaimana perlu dilakukan?

1. Mulakan dengan bersihkan sarang bakteria.



Apabila anda diserang oleh penyakit mungkin tanpa anda sedari terdapat virus atau bakteria yang sedang bersarang di rumah anda. Jangan hanya melihat dengan mata kasar sahaja dan anggap sambil lewa sedangkan span pencuci pinggan mangkuk, berus gigi, span berus badan dan pelbagai lagi kemungkinan mengandungi bakteri. Yelah, ketika badan tidak sihat kita masih guna semua itu bukan?

Nah, tip pertama untuk membersihkan rumah yang boleh anda lakukan ialah membersihkan rumah menggunakan sabun dan air panas untuk menghilangkan kotoran dan kuman. Di samping itu, jangan lupa untuk menambah pembasmi kuman supaya bakteria tidak muncul lagi.

2. Mulakan pembersihan bilik air dahulu.



Salah satu petua membersihkan rumah adalah dengan bermula mencuci bilik air anda. Kuman dan bakteria suka membiak di tempat lembap. Oleh itu, bilik mandi, tandas dan dapur adalah tempat yang tepat untuk mereka membiak.

Anda boleh melawan bakteria di dalam tandas dengan mengelap atau menyembur penyingkiran kuman di tandas, suis lampu, dan pemegang pintu.

Tempat-tempat ini kelihatan bersih sahaja, tetapi selalunya menjadi tempat penyaluran bakteria dari tangan orang-orang yang telah sakit. Selepas bilik mandi, anda boleh terus ke dapur dan kemudian seluruh rumah.

3. Panaskan span cuci pinggan



Jangan sesekali terlupa akan perkara ini, walaupun nampak kecil anda perlu sentiasa berwaspada. Jika span cucian anda masih elok dan sayang untuk ditukar, apa kata anda mencuci span itu dengan rendaman air panas ataupun meletakkannya ke gelombang mikro selama 2 minit.

Nampak remeh tetapi span cuci panggan adalah tempat kegemaran untuk kuman membiak.

4. Memakai sarung tangan.



Salah satu tip untuk membersihkan rumah yang sering diabaikan ialah menggunakan sarung tangan. Menggunakan sarung tangan ketika membersihkan rumah selepas anda sakit adalah sangat penting. Ini bertujuan untuk menghalang bakteria dan kuman daripada melekat pada tangan anda.

Setelah rumah anda bersih dari kuman dan penyakit, buang sarung tangan anda dan basuh tangan anda untuk menyedari penyebaran bakteria.

5. Jangan lupa ubah tabiat anda.



Salah satu tabiat yang sukar dibuang selepas sembuh dari penyakit adalah menyentuh wajah dengan tangan anda yang mungkin mengandungi bakteria.

Bermula dari menggosok mata anda, memegang mulut anda, atau menyentuh pipi anda kemudian teruskan mengambil minum atau makanan. Cara ini juga menyebabkan bakteria melekat pada peralatan atau tempat yang ada di rumah, bergerak.

Oleh itu, cuba untuk kurangkan kebiasaan ini merupakan salah satu petua membersihkan rumah anda dengan berkesan.

Jangan pandang remah akan perkara ini. Mungkin anda lihat segala-galanya bersih sedangkan kuman ini tidak mampu dilihat dengan mata kasar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen