“Solat Bukan Niat Kerana Allah, Akhirnya Suami Isteri Tidak Lagi Beribadah” Ikuti Kisah Ini.

‘Suami Isteri Yang Tidak Solat, Rumah Tangga Bakal Hancur’

Kerana solat itu tiang agama. Tiang dalam segala urusan yang kita bakal lakukan. Untuk membina rumah tangga, pastikan tiang itu kuat. Malah, lakukan kerana Allah SWT, sekiranya bukan kerana Allah, ia tidak menjanjikan kita apa-apa.

Suami isteri hidup dalam sia-sia seperti perkongsian dari Ustazah Nazirah ini…

********

"Suami saya tak solat...bulan puasa tak puasa..dah lama saya sabar dengan dia..akhirnya saya dah tak mampu bertahan dan saya pun dah tak solat...saya dah tak ada kehidupan..hidup saya huru hara. Saya solat dan berubah tapi suami saya sama sahaja..tak berubah pun..jadi buat apa saya solat...."

Kisah ujian rumahtangga, mari kita ambil pengajaran . Ustazah kongsi kebaikan ujian rumahtangga ini. Ustazah berdoa agar mereka akan mengharungi ujian dengan Solat dan sabar.

Ibu ayah....

Apa sahaja ujian akan ada dalam rumahtangga.

Ustzah tanya soalan pada si isteri..

Puan buat baik. Solat dan kebaikan dalam rumahtangga kerana SIAPA? Kerana suami kah?

Kita tak boleh ubah siapa-siapa pun dlm kehidupan kita. Diri kita puan bukan kita yang ubah. Semua MILIK ALLAH MUTLAK.

Kita hanya dituntut oleh Allah untuk membuat kebaikan, hidupkan segala kebaikan dan kewajipan agama dalam diri, anak-anak dan keluarga.

Suami kita juga memikul AMANAH sama. Dia juga tidak akan mampu merubah kita dan anak-anak kita. Jika suami tidak solat dan tidak jalankan amanah DIALAH yang akan RUGI kerana KEPIMPINANNYA dalam rumahtangga tak ada MARUAH dunia dan akhirat.

Apa sahaja ada pada dia, semuanya Allah akan tarik keberkatan dan juga kemuliaan. Jiwa tak tenang, duit rezeki tak cukup sahaja..serba serbi tak kena.

Namun, kita sebagai isteri WAJIB taat pada suami walau apapun rupa suami kita.

Kerana yakinlah isteri yang TAAT, ELOK IBADAH, AKRAB DOANYA DENGAN ALLAH, SENTIASA YAKIN suaminya akan berubah suatu masa nanti pasti tidak akan putus asa.

Beribadah bukan KERANA SUAMI, tetapi beribadah Kerana Allah dan Rasulullah SAW.

Mata suami yang sering melihat kebaikan isteri dan ketaatannya, hatinya akan menerima hidayah oleh Allah.

Kebaikan ini ibarat wangian kasturi. Ia akan perlahan-lahan merebak wanginya dan memberi bekas penawar buat jiwa yang hampir pada baunya. Hebatnya kebaikan dan ketatatan pulangannya disisi Allah. Jadilah kita seperti kasturi. Ia penuh keberkatan dari Rasulullah SAW. Sudahlah ada keberkatan, malah memberi manfaat dan penawar pula. Subhanallah…

Isteri atau suami yang sering melalui ujian sebeini, usah sengsara dan merana kerana kebaikan kita sudah pasti ada PAHALA DAN SYURGA.

Bukan satu yang sia sia dan sudah pasti kita mengharapkan anak anak tidak akan jadi seperti ayah atau ibunya sebelum berhijrah. Jadi perlu berjuang perbaiki diri agar anak anak tidak membesar dalam kejahilan,maksiat dan dosa ibu atau ayah.

Tips Untuk Isteri Atau Suami Tak Solat,Degil Keras Hati Dan Mungkin Ada Perempuan Lain Adalah…

  1. Ubah diri bukan ubah suami atau isteri. Itu bukan kuasa kita.
  2. Dekatkan diri pada Allah dalam SOLAT.
  3. Amalkan masakan dan buat air dengan BACA FATIHAH dengan suara kuat didengari oleh masakan dan tiup. Niatkan Allah lembutkan hati seisi keluarga jadi hamba yang taat Allah dan Rasulullah SAW.
  4. Solat tahajjud bangun malam mohon Allah peliharan rumahtangga dari kejahatan.

Selamat beramal.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen