Bila Nak Cari Pasangan Hidup, Sekufu Dari Segi Ilmu Dan Agama Itu Penting.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak memilih pasangan hidup ini bukan perkara yang boleh dibuat main, sebab itu kalau nak cara pasangan kalau boleh ia sekufu dengan kita. Bukan sekufu pada darjat mahupun pendidikan sahaja tetapi sekufu pada kefahaman ilmu agama itu lebih penting.

Bila dapat pasangan yang sekufu ini, lebih mudah untuk membimbing dan dibimbing malah lebih mudah untuk difahami dan memahami. Tiada lagi istilah penindasan atau memandang rendah, apa yang ada adalah lebih menghormati pasangannya.

Cuba fahami nukilan daripada Intan Dzulkefli ini, banyak yang benarnya. Buat anda yang sedang mencari jodoh, perkara sebegini tersangatlah penting.



Bila mahu mencari pasangan, sekufu kefahaman dari segi ilmu dan agama itu antara hal yang sangat penting sebenarnya.

Contohnya, bukan semua lelaki 'bersyukur' dikurniakan isteri yang menutup aurat, pandai hal agama.

Ada lelaki yang dia rasa malu bila isterinya berpakaian longgar, labuh sebab baginya tak moden, tak bergaya, nampak gemuk, nampak tua-orang kata.

Ada kes suami yang malu nak bawa isteri keluar bersama, mahupun jalan bersama, apatah lagilah nak berpimpin tangan kerana malu dia dengan penampilan isteri yang serba menutup aurat dan sederhana.

Ada kes suami yang saban masa 'mencuci mata' melihat kecantikan dan aurat wanita lain, isteri orang lain yang rakus mempamerkan - baik di luar mahupun media sosial kerana baginya mereka itu cantik, flawless, menggiurkan tak seperti isterinya yang tak pandai melawa dan tak bergaya itu.



Sedangkan, pandangan lelaki yang benar-benar faham agama, adalah sebaliknya.

Wanita baik-baik adalah ibarat permata, setelah berkahwin, ramai yang permata mereka tidak lagi digilap kerana bersuamikan suami yang jahil agama.

Tak pernah ajar isteri hal agama,

Tak sokong isteri belajar ilmu agama,

Imamkan solat isteri boleh dikira berapa kali,

Baca al-Quran bersama pun tidak pernah.

Sedangkan wanita-wanita ini ketika bujang adalah ibarat perhiasan dunia yang sangat indah kerana agama dan amal yang ada pada mereka.

Wanita setelah berkahwin, resminya akan mengikut acuan suaminya. Sebab itu kata orang alim, memilih pasangan ibarat memilih agama.



Jika nakhoda membawa kapal rumahtangga ke arah laluan agama dan mendekatkan anak isteri kepada Tuhan, fokus pada laluan ke syurga, insyaAllah, alhamdulillah. Jika sebaliknya, itulah ujian untuk wanita tadi untuk kekal bersinar kerana Ilah.

Seorang lelaki yang mengahwini wanita yang baik, pandai menjaga maruah diri, menjaga aurat dan menjaga ibadah tanpa perlu disuruh dan diingatkan adalah sangat beruntung. Mereka telah memudahkan urusan akhiratmu. Sesiapa yang mensiakan wanita ini, mereka orang yang amat rugi.

Ingat pesan Nabi SAW,

"Dunia itu adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah."

Untuk isteri yang rasa dirinya terhina kerana anggapan, layanan serta persepsi suami yang tidak faham, ketahuilah engkau adalah permata. Tahniah kerana memilih untuk tetap istiqomah kerana Tuhan meskipun tanpa sokongan dari belahan jiwa.


Meskipun si dia tidak menghargai nilai dirimu, ketahuilah engkau tak pernah tersia di mata Tuhanmu.



Allah sayang...

Allah pandang...

InsyaAllah, Allah akan memilihmu, kerana engkau memilih Dia berbanding dunia yang sementara ini.

Teruskan istiqomah, kerana dunia ini hanyalah fatamorgana.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen