Jangan Tak Tahu, Sebelum Bergelar Isteri, Wanita Boleh Meletakkan Mahar 'Tidak Mahu Poligami'.

Oleh: Zuzu Yasmine

"Bila suami kata nak bermadu, rasa bagai dihempap pohon yang besar, sakitnya."

Poligami atau bermadu begitu sensitif bagi mana-mana perempuan. Siapa yang sanggup berkongsi kasih dengan orang yang kita sayang. Sebab itulah bila bercakap mengenai hal ini, wanita mudah melenting, mudah merajuk dan mudah naik marah. Ini kerana mereka tidak suka hal ini diperkatakan, yelah, kata-kata itukan satu doa.

Tiada wanita yang sanggup bermadu, tetapi sebagai seorang hamba Allah, kita tidak boleh tolak ketentuan yang telah tertulis. Jodoh, Ajal dan rezeki itu sudah tertulis buat seseorang individu. Namun begitu, tidak salah kalau kita sebagai bakal isteri ini lakukan persiapan dari awal perkahwinan lagi.



Menurut dalam perkongsian Mizan Dzai, sebagai bakal isteri kita oleh meminta mahar daripada pihak suami di mana suami tidak boleh bernikah lain selagai anda hidup dan menunaikan kewajipan sebagai seorang isteri. Haa, tekejut bukan?



Bila difikirkan, ada ke lelaki nak terima mahar sebegini? Jom kita sama-sama baca perkongsiannya.

Tak rela. Tak terfikir. Tak terlintas. Tak tercapai dek logik akal yang adik akak semua bakal dimadukan.

Betul?
Tapi kalau ada adik akak yang dah bersedia seawal mula bernikah, anda luar biasa!

Sebab itu sebelum kita melangkah ke alam perkahwinan, perlu untuk persiapkan diri dengan ilmu dan kepentingan serta hak sebagai seorang isteri.

Sebagai bakal isteri, perlu untuk kau tahu apa yang sepatutnya kau minta sebelum dinikahi dan seperti yang kebanyakkan kita tahu, Mahar iaitu Mas Kahwin itu merupakan salah satu syarat dalam pernikahan.

Ini tidak, asik dok sibuk fikir pasal hantaran RM25,000 la, handbag Louis Vuitton la, baju sanding bertatahkan batu Swarovski la, nak Anuar Zain menyanyi kat kenduri la apa la.

Udah-udah ler buang duit tu, ikut kemampuan.

Untuk pengetahuan adik akak, Mahar ini merupakan pemberian dari boyfriend atau kekasih hati kepada kau, calon mempelai wanita dimana nilainya ditentukan oleh kau sendiri dan dalam pelaksanaannya nanti nilai tersebut dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Kerana itulah dia, Mahar yang merupakan tanda kesungguhan dari lelaki untuk bernikah dan kau berhak menentukannya supaya tak ada penyesalan dalam rumahtangga esok.

Kata nak anak dara orang, takkan yang jantan-jantan ni main sondol sesaja ye tak?

Kata sanggup redah lautan api, kata sanggup genggam bara api menjadi debu?

Bila ditanya tentang Mahar ini, kau digalakkan untuk meminta supaya selama kau masih hidup dan masih boleh menunaikan kewajipan sebagai seorang isteri, suami tak boleh bernikah dengan perempuan lain.

Biasanya lelaki akan kata Mahar yang kau minta itu tak logik, sepertinya mengharamkan poligami dalam Islam.




Seperti satu diskriminasi buat kaum lelaki yang kononnya gagah perkasa, kacak bergaya dan mampu menjaga lebih dari seorang isteri.

Tak adik akak, langsung tidak.

Para Ulama dah membahaskan tentang perkara ni panjang lebar. Tang mana yang adik akak minta sebagai Mahar tadi kononnya mengharamkan poligami yang dibolehkan dalam Al Quran?

Contoh senang faham, lepas kahwin esok suami tak boleh makan budu sebab isteri tak suka bau dan rasa budu sebab kau akan loya misalnya, adakah itu bererti kau sebagai isteri mengharamkan budu?

Wanita yang meminta syarat Mahar seperti ini adalah kerana baginya ianya berfaedah untuk dia dan anak-anak nanti.
We called it long term investment.

Cuma mungkin untuk adil, kedua-dua pihak kena meletakkan syarat.

Andai kata si isteri tidak mampu memberikan zuriat pada si suami, tugas sebagai isteri memberi zuriat anak tidak tercapai, maka hendaklah dibenarkan suami menikahi orang lain seperti Nelofa atau Aida Jebat.

Tapi, kau yang suami pun tak rugi mana sebab hanya tak boleh buka cawangan baru semasa isteri masih hidup dan semasa dia masih boleh menunaikan kewajipan sebagai isteri.

Kecuali kalau isteri tu sakit bertahun-tahun dan tak mampu jalankan tugas sebagai isteri, haa menikahlah kau lagi dua tiga orang.

Itu dibolehkan oleh Para Ulama.

Dipersetuju dari kitab Al-Mughni karya Ibnu Qudamah halaman 93 iaitu ;

“Yang wajib dipenuhi adalah syarat (yang bakal isteri minta) yang manfaat dan faedahnya kembali pada isteri misalnya, suami takkan membawa isteri keluar dari rumah atau dari kampungnya, tidak kemana-mana dengan membawanya atau tidak akan menikah ke atasnya”

Syarat seperti ini wajib ditepati oleh si suami, untuk si isteri dan kalau tak ditepati maka si isteri berhak meminta dihapuskan nikahnya (bukan jatuh Talak).



Hal ini diriwayatkan dari Umar bin Khattab R.A dan Saad bin Abi Waqas Muawiyah dan Amr bin ‘Ash.

Kadang, isteri kita ni cuma ingin jadi seperti Fatimah, puteri baginda Nabi yang seumur hidupnya tidak dimadu oleh Saidina Ali bin Abi Thalib, sepertinya Khadijah yang selama berumahtangga dengan Rasulullah SAW juga tak pernah dimadu.

Kalau yang lelaki suka mencontohi Rasulullah, kenapa yang wanita tak boleh mencontohi Khadijah dan Fatimah?


Kalau yang lelaki takut dengan syarat-syarat Mahar itu, bunga bukan sekuntum bang. Kemon.

Bernikah lagi itu tidak salah, isteri yang meminta untuk tidak dimadukan pun tidak salah, mereka bukannya mengharamkan poligami.

Yang salahnya kita ni bila keperluan wajib si isteri dan anak-anak pun tak terjaga tapi kita gatal kepala merenyam nak tambah penyakit, itu yang salah.

Kita suami ni cukuplah asik sembang poligami tak habis-habis. Jagalah perasaan isteri, hargai dan selamilah hati isteri.

Dan buat adik akak pula, berlaku adillah pada suami dimana jangan pula aurat kau itu dikongsi dengan lelaki lain seperti mana kau tak ingin dikongsi.

Semoga bermanfaat, in shaa Allah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen