Nak Ada Jodoh Yang Baik, Sentiasalah Bermuhasabah Diri…

Semasa Bujang…

Mungkin kita selalu tertanya-tanya…

Kenapa orang sekeliling amat negatif dengan diri kita…

Apakah memang mereka yang negatif, atau sebenarnya masalah datang dalam diri kita sendiri…

Kenapa kalau pergi ke mana-mana, ada sahaja orang negatif di sekeliling kita…

Kadang-kala terasa tersisih dengan kawan-kawan…

Begitu juga apabila terpinggir dengan adik-beradik sendiri…

Mereka yang tidak tahu ambil hati kita, atau kita sendiri yang memang ada masalah?

Begitu Juga Dengan Jodoh…

Kenapa semua yang kita kenal pergi meninggalkan kita…

Kenapa semua yang kita kenal amat mengecewakan dan menghampakan sahaja…

Kenapa kita merasakan hubungan kita sahaja yang bermasalah, tetapi tidak pada orang lain?

Apakah kita ini bukan teman yang terbaik?

Apakah kita ini benar-benar toksik pada pasangan?

Sudah berkenalan dengan lama, tetapi akhirnya kecundang di tengah jalan…

Dah Kahwin Nanti Lagi Banyak Cabaran….

Isteri sering merasakan…

Kenapa suami tidak romantik lagi?

Kenapa suami tidak menghargai isteri?

Kenapa suami tidak melayan emosi isteri?

Kenapa suami tidak mengendahkan luahan hati?

Begitu juga dengan suami…

Kenapa isteri tidak taat sepenuhnya pada suami?

Kenapa isteri semakin hari semakin degil?

Kenapa suami merasakan isteri tidak menghormati dirinya?

Kenapa isteri semakin hari semakin garang macam singa?

========

‘Cuba Untuk Bertenang, Berhenti, Lihat Keadaan Sekeliling Dan Bermuhasabah Diri’

========

Tidak kira apa jua keadaan dan situasi yang kita hadapi…

Cuba bertenang dan bermuhasabah diri…

Tidak kira ketika bujang, bercinta atau sudah bersuami isteri…

Sentiasa suluh dalam diri…

Berhenti mementingkan diri sendiri…

========

Nak sahabat yang baik, muhasabah diri…

Nak jodoh yang baik, muhasabah diri…

Nak suami/isteri yang baik, muhasabah diri lagi…

========

Kerana semuanya bermula dalam diri kita, bukan pada orang sekeliling…

Bagaimana kita pandang seseorang, itu sebenarnya hati kita…

Ubah diri sebelum mahu mengubah si dia…

Allah tidak akan memberi jalan kepada kita untuk berubah, sekiranya kita sendiri yang leka…

========

Ubah diri sendiri dahulu, Insya Allah, Dengan Izin Allah, Dia akan permudahkan segala urusan termasuk jodoh yang baik…


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen