“Kepada Gadis Di Luar Sana, Ada Syarat Kalau Nak Berkawan Dan Luahkan Perasaan Pada Lelaki…” Pesan Pu Azman.

Mempunyai perasaan cinta, suka dan sayang pada mereka yang berlainan jantina adalah satu perasaan yang kita tidak boleh nafikan. Ianya datang dan berlalu pergi dengan sendiri. Malah, perasaan tersebut adalah kurniaan dari Allah SWT ke atas hamba-Nya.

Sebab itu kita semua ini hanya manusia biasa…

‘Human Being’

Akan tetapi, khusus untuk gadis-gadis dan golongan wanita di luar sana, kalau boleh jangan tersuka atau tersayang pada suami orang. Jangan mengambil kesempatan di atas penderitaan orang lain. Malah apa yang cuba dikongsikan oleh Pu Azman ini, sama-sama lah kita ambil iktibar…

********

pu_azman

Tapi pastikan lelaki itu suami mak anda.

Ayah adalah lelaki paling setia dan banyak berkorban dalam hidup seorang perempuan.

Apa-apa hal sekalipun, dahulukan ayah. Banyakkan luah dengan ayah berbanding crush atau pakwe.

Ayah hanya ada satu dalam hidup kita. Dengan cara merapatkan diri dengan ayah, maka dapat mengembalikan keharmonian dalam keluarga.

Bagi yang ketiadaan ayah, sesungguhnya Allah itu tetap ada.

********

Oleh yang sedemikian, kalau rasa anda masih single dan tercari-cari dimanakah jodoh yang tersembunyi, rapatkan diri dengan famili. Rapatkan diri dengan kedua ibu bapa sekiranya mereka masih ada. Rapatkan diri dengan ayah dahulu sebelum nak beri kasih sayang pada lelaki yang entah boleh atau tidak menjaga diri anda kelak.

Ingat!

Nanti mulalah dengan ayat…

“Tersalah pilih suami…”

“Perkahwinan itu satu perjudian…”

Padahal diri sendiri yang memilih hala tujuan hidup.

Muhasabah diri.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen