“Berkahwin Bukan Untuk Halalkan Hubungan Sahaja, Tetapi Untuk Meraih Pahala Daripada Allah SWT”

Berapa ramai sahaja dikalangan anak muda yang memilih untuk berkahwin awal, tahu matlamat dalam perkahwinan?

Adakah berkahwin hanya kerana mengikut kawan-kawan?

Adakah berkahwin kerana terlalu takut dengan kesunyian?

Ataupun berkahwin hanya kerana untuk halalkan hubungan?

Malah, Ada Juga Sebilangan Dari Kalangan Kita Berkahwin Kerana…

1. Dipaksa oleh keluarga.

Dipaksa mungkin kerana ahli keluarga sudah menemui jodoh atau calon yang sesuai dengan diri kita. Malah mereka mengatakan, calon tersebut mampu untuk membimbing diri kita yang tidak stabil kehidupannya. Kemungkinan seorang yang mempunyai lebih ilmu agama dari diri kita.

2. Umur yang semakin meningkat.

Sudah menjadi kebiasaan apabila umur meningkat, para ibu bapa lah orang yang paling risau sekiranya kita masih lagi belum bertemu dengan jodoh. Jadi,secara tidak langsung situasi sebegini akan membuatkan mereka memaksa kita untuk berkahwin. Tergopoh-gopoh mencari jodoh kerana umur semakin meningkat pun boleh berlaku.

3. Terlalu bergantung pada si dia.

Sekiranya kita mempunyai kawan atau kekasih yang sudah lama berkenalan, sedikit sebanyak pasti kita akan terlalu bergantung dengan si dia. Jadi, kita merasakan hanya dia seorang sahaja yang anda boleh bergantung, dan tidak dapat terima hakikat sekiranya mahu berkenalan dengan orang lain.

Boleh jadi, sekiranya si dia memiliki keburukan atau kelemahan yang tak dapat diterima akal oleh keluarga, anda hanya membutakan mata hanya kerana cinta. Jika, anda jatuh pada kategori ini, hati-hati kerana perkahwinan yang ingin dibina banyak cabaran dan liku yang anda perlu hadapi. Maka, anda perlu berlapang dada dan mempunyai banyak solusi.

4. Mahu merasai keseronokan ketika berkahwin.

Ada juga sebilangan daripada kita berkahwin hanya mahu merasakan keseronokan ketika berkahwin sahaja. Mahu yang indah-indah sehinggakan apabila berlakunya pergaduhan, hanya tutup mata dan menganggap ia perkara yang remeh. Malah, tidak perlu diselesaikan kerana akan baik pulih sedia kala.

Situasi sebegini, kebiasaannya pasangan kurang berkomunikasi dan akan menjurus ke arah perceraian juga.

5. Ada pasangan yang boleh melakukan urusan rumah tangga.

Situasi ini sering berlaku pada pasangan yang mengharap temannya yang melakukan segala hal rumah tangga seratus peratus. Apabila tidak dididik atau didedahkan tanggung jawab yang sebenar, kebarangkalian pasangannya akan mengalami tekanan.

Sebagai contoh situasi yang sering terjadi pada anak lelaki;

“Haaa, nanti kau dah kahwin, semuanya isteri akan buatkan untuk kau. Masak, membasuh, melipat baju. Barulah hidup terurus…”

Dengan pemikiran sebegini, secara tidak langsung kaum lelaki akan menganggap semua kerja rumah adalah kerja isteri sahaja. Dan bukan untuk dirinya.

Tetapi Sebenarnya, Perkahwinan Adalah Untuk Suami Isteri Mengejar Dan Merebut Pahala Daripada Allah SWT…

Sebenarnya dalam perkahwinan, apabila memilki pasangan sudah tentu ingin lakukan semua perkara bersama-sama. Bukan lagi keseorangan, terutamanya dalam hal-hal keagamaan.

  1. Dapat solat berjemaah.
  2. Dapat membaca Al-Qur’an bersama-sama.
  3. Dapat membuat Ta’lim bersama-sama.
  4. Untuk menjadi pendinding daripada dihasut atau digoda syaitan.

Banyak situasi yang suami isteri boleh lakukan daripada dihasut oleh syaitan, sebagai contoh apabila berlaku pergaduhan, cepat-cepat meminta maaf dan redakan api kemarahan. Sekiranya ia berterusan, pasti akan muncul perkara yang tak diingini seperti kekasaran melalui fizikal.

Semoga Kita Semua Yang Mahu Membina Rumah Tangga, Berebut-Rebut Untuk Mendapat Pahala Dari-Nya, Bukan Keseronokan Semata-Mata!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen