Jodoh Yang Sesuai Buat Anak Bongsu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dilahirkan sebagai anak bongsu ini mungkin dikenali sebagai anak yang manja ataupun yang keras kepala. Malah mereka ini juga dianggap sebagai orang sukakan perhatian malah lebih mudah untuk bersosial. Namun kadang kala mereka ini lebih mendiri serta keras kepala dalam sesuatu hal yang menyebabkan mereka ini kurang disenangi.

Anak bongsu ini mungkin kelihatan tidak begitu matang dalam satu-satu hubungan. Mereka ini mahukan segala perhatian dan tumpuan lebih dari orang lain. Namun apa yang paling istimewanya anak bongsu ini, mereka begitu setia dalam percintaan.



Bila bercakap mengenai jodoh si anak bongsu ini, ia sebenarnya bergantung pada jodoh yang telah ditetapkan. Akan tetapi terdapat beberapa pasangan yang dikatakan sesuai buat si bongsu ini malah ia adalah satu keserasian jika mereka ini bersama.

Apa yang difikiran anda sudah tentu anak sulung bukan?



Ya, salah satu pasangan yang sesuai untuk anak bongsu ini adalah anak sulung.

Sudah tentu ramai yang menyatakan bahawa anak bongus ini sesuai jika dipadankan dengan anak sulung malah mereka ini mampu menjalani satu perhubungan dengan baik. Tetapi mengapa anak sulung ini dikatakan sebagai pilihan yang bagus buat si bongsu?

Ini kerana anak sulung ini mempunyai semangat kepimpinan yang bagus malah ia juga sangat bagus mengawal keadaan. Walaupun kadang kala sikapnya agak keras sedikit tetapi ia mampu mengawal si bongsu ini dengan baik. Malah ia tahu bagaimana untuk menjaga si bongsu yang mempunyai pelbagai ragam ini. jika mereka ini bersama, anak bongsu akan menjadi lebih matang malah hubungan kelihatan lebih serius.

Akan tetapi bukan hanya si sulung sahaja yang sesuai dengan si bongsu ini, pasangan yang paling serasi dan sepadan adalah dengan anak tengah. Ini kerana anak tengah ini lebih mudah untuk menyesuaikan diri dan senang untuk diajak berkompromi bersama.



Haa, anak bongsu ini akan lebih selesa jika menjalinkan hubungan bersama anak yang tengah kerana sifat mudah berkomprominya. Mana tidaknya sikap manja dan pelbagai ragam ini membuatkan hubungan sebegini lebih sesuai untuk si bongsu.

Namun apa-apa pun semuannya bergantung kepada individu itu sendiri malah dengan jodoh yang telah ditetapkan. Dengan sesiapa pun anda berkahwin, anda perlu tahu memainkan peranan yang betul dalam hubungan tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen