Kebenaran Tentang Hadith Mengenai Menghina Orang Bujang.

Adakah Hadith Berkenaan Dengan Menghina Orang Bujang Ini Benar?

“Sesungguhnya di antara sunnah kami adalah bernikah, sehina-hina kamu adalah orang yang bujang dalam kalangan kamu dan sehina-hina mayat di antara kamu adalah orang yang membujang daripada kalangan kamu”.

Menurut Beberapa Para Ulama:

1. Imam Ibn al-Jauzi (597 H) menilai riwayat Abu Hurairah RA sebagai tidak sahih.

2. Imam al-Haithami (807 H) menyatakan riwayat Abu Zar RA terdapat padanya perawi yang tidak dikenali tetapi selain daripadanya adalah perawi yang thiqah (dipercayai).

3. Menurut , Irsyad al-Hadith hadith di atas merupakan sepotong atau sebahagian daripada sebuah hadith yang panjang yang mana ia telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya daripada Abu Zar RA dengan matan (teks) yang panjang.

4. Menurut Imam al-Thabarani pula, ia mengandungi 2 riwayat iaitu yang diriwayatkan sebahagian matannya (teksnya) oleh Abu Hurairah RA di dalam al-Mu’jam al-Awsath dan diriwayatkan juga secara panjang oleh ‘Ukkaf bin Wada’ah al-Hilaliy RA di dalam al-Mu’jam al-Kabir.

Jika dilihat dengan beberapa pandangan para ulama yang lain, hadith di atas adalah dhaif dan tidak sampai ke tahap palsu.

Walaupun begitu, ia perlulah difahami dengan baik supaya tidak berlaku salah faham terhadap golongan yang tidak berkahwin dan sebaiknya kita tidak menyandarkannya secara pasti bahawa ia datang daripada Rasulullah SAW.

Hadith Diatas Bermaksud;

Makna hadith di atas adalah dijelaskan bahawa lelaki-lelaki yang tidak mempunyai isteri, dan sebaliknya dikatakan sebagai orang yang hina adalah disebabkan mereka itu mendedahkan dirinya kepada keburukan (maksiat) dan dia juga tidak selamat daripada terkena fitnah walaupun dia merupakan orang yang soleh.

Akan tetapi, kita tidak boleh menganggap orang yang bujang itu kesemuanya adalah seburuk-buruk atau sehina-hina manusia. Ini kerana, ramai daripada kalangan ulama terdahulu yang tidak bernikah termasuklah tokoh-tokoh yang besar di dalam Islam.

Ada pula Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (1417 H) ada menulis serta menghimpunkan nama-nama ulama yang tidak pernah berkahwin di dalam sebuah kitab yang khusus seperti Imam al-Nawawi (676 H).

Justeru itu, mungkin yang boleh difahami daripada hadith ini juga adalah orang bujang yang hina adalah orang yang berkemampuan untuk berkahwin tetapi dia masih bergelumang atau melakukan perbuatan yang haram seperti zina dan sebagainya.

Kesimpulannya;

Hadith di atas adalah hadith yang dhaif dan tidak sampai ke tahap yang palsu. Jadi, kepada sesiapa sahaja yang berkemampuan untuk berkahwin, BERNIKAHLAH kerana itu akan memelihara dirinya daripada terjebak dengan perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah SWT.

Sebagaimana Allah SWT telah menciptakan lelaki dan wanita serta Allah SWT mensyariatkan perkahwinan di antara mereka.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 21:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen