Wahai Wanita Rahsiakan Aib Diri Daripada Sesiapa Pun, Walaupun Keluarga Terdekat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang tidak akan pernah lari dari melakukan kesalahan dan dosa. Kita hanya manusia biasa yang akan belajar dari satu kesilapan dan tidak mahu jatuh ke dalam satu kesilapan yang sama. Dengan segala kesilapan yang telah dilakukan, jangan merasakan diri sudah tidak mempunyai peluang kedua.

Mungkin sukar nak dapat peluang kedua di mata manusia tetapi Allah sentiasa membuka peluang untuk kita kembali kepadanya. Mungkin dulu kita menjadi buta kerana terlalu sayang, tetapi jangan sekali kita mengulangi kesilapan yang sama.

Usah dikejar orang yang tak sudi,
Lebih baik perbaiki diri sendiri.

Buat wanita-wanita yang pernah melakukan kesilapan ini, sedikit pesanan daripada Firdaus Mokhtar buat diri anda. Semoga kekal dan tabah, Allah sentiasa bersama anda.



Hari tu saya terima satu mesej, "seorang perempuan bertanya tentang salah ke kalau dia buat aib sendiri ke keluarga".

Saya tak jawab terus sebab soalan terlalu umum. Jadi saya tanya dulu maksud soalan dia tu.

Akhirnya dia cerita yang dia dengan teman lelaki nak berkahwin. Tapi pernah terlanjur. Isunya sekarang yang lelaki tak nak bertanggungjawab. Katanya dah tawar hati. Tak nak teruskan plan berkahwin.

Lelaki tadi terus tinggalkan dia. Tak hubungi langsung. Memang biarkan terus macam tu.

Baler sungguh. Nampak gaya memang jenis mainkan hati perempuan.

Maka dia nak tahu salah ke kalau dia buka aib ini pada keluarga lelaki. Dengan harapan dia nak lelaki itu kembali dan bertanggungjawab.



Saya pesan ke dia begini;

1. Dia kena taubat dulu. Sungguh-sungguh rasakan yang diri dah tersilap langkah dan menyesal betul atas apa yang dah berlaku.

Mengaku depan Tuhan yang dia sendiri dah berdosa atas zina yang dulu.

2. Tinggalkan betul-betul perbuatan zina ini. Tak ulangi lagi. Tak kiralah dengan siapa pun.

Sebab kadang bila dah terbiasa, akan berlaku ketagihan. Walau pun dalam kondisi emosi marah ke pasangan yang tinggalkan kita, kita berzina pula dengan orang lain. Sebab teringin lagi.

Maka ini kena jauhkan. Termasuk jauhkan perkara yang mengingatkan diri kepada perbuatan zina. Contohnya tengok video porno dan gambar lucah.



3. Tekad takkan ulangi lagi dosa zina. Zina ini dosa besar.

Ia antara dosa yang Allah akan hukum di dunia lagi kalau tidak bertaubat. Maka tekad sungguh takkan buat lagi.

4. Banyakkan beribadah. Dengan mendekat diri kepada Allah, sibukkan diri dengan amalan, kita akan kurangkan masa untuk berfikir hal yang tak elok.

Selain menambah pahala, ibadah boleh menggugurkan dosa.

5. Pelbagaikan juga aktiviti luar. Pergi masjid ikut kuliah, tazkirah atau apa-apa aktiviti yang buatkan kita bergaul ramai orang. Elak duduk sendirian.

Cari kawan-kawan yang buatkan kita segan nak buat dosa. Jangan dekat dengan kawan yang sibuk tak tahu malu cerita benda lucah tak tentu pasal ni.

6. Ini penting. Rahsiakan terus perbuatan zina ini daripada siapa-siapa. Sekali pun ahli keluarga terdekat.

Kita tak tahu siapa yang ada kepentingan atas kita. Iya, sekali pun adik beradik, kawan-kawan. Kalau sekarang mungkin dia ok, entah bertahun lama nanti dia tak ok, cerita kita dia guna untuk rosakkan kita.

Rasulullah sendiri suruh kita sembunyikan kemaksiatan yang berupa zina ini. Selama mana Allah rahsiakan daripada orang lain, selama itu jugalah kita rahsiakan. Takkan sampai ke orang lain jika bukan diri sendiri yang bercerita.

Jadi saya pesan ke dia, tak perlu sampai nak beritahu ke keluarga lelaki tadi. Dan saya tanya juga ke dia begini;


“Kalau sekarang dia boleh tinggalkan cik, tanpa dia sikit pun peduli. Apa jaminan nanti kalau cik paksa dia terima, dia akan jadi orang yang bertanggungjawab?

Katalah sekarang dia terima sebab keluarga dia paksa, cik rasa dia akan hidup senang dan tak berdendam dengan cik?”

Jawapannya dah tentu tak ada jaminan begitu.

Kawan-kawan yang baik, dalam dunia ini betul kita kadang terlanjur perbuatan. Salah pilih kawan dan pasangan. Akhirnya kita kecewa.



Namun itu bukan jalan mati yang kita tak boleh nak keluar atau patah balik.

Kalau jadi keadaan yang sama macam cik ini tadi, lelaki tinggalkan, jangan kejar dia lagi. Dia bukan lelaki, tapi setan entah ada berapa tanduk pun tak tahu.

Maka, untuk selepas daripada ini, bina hidup baru. Jadi diri yang lebih baik daripada yang dulu. Tinggalkan dosa lama jauh-jauh. Kerap ulang-ulangkan taubat, supaya kita tahu kita seorang pendosa.

Terus belajar dan belajar. Dekatkan diri dengan Allah. InsyaAllah satu hari nanti Allah akan hantar jodoh yang baik sebagai pengganti.

Begitulah.

Firdaus Mokhtar,
Kita semua pun banyak dosa juga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen