Bahayanya Isteri Yang Mendiamkan Diri Ini, Ibarat Bom Jangka Yang Bakal Meletup Akan Menyakiti Orang Sekeliling.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang yang paling suka membebel adalah isteri kita dan juga ibu kepada anak-anak kita. Kedua-dua mereka ini sememangnya begitu petah untuk memberi nasihat dan teguran yang kadang kala boleh panas telinga mendengarnya. Tetapi adalah lebih baik sekiranya mereka ini terus menerus dengan setiap bebalan itu.

Ini kerana, diamnya seorang isteri begitu bahaya berbanding pedasnya kata-kata bebelan mereka. Apabila isteri mula diam, maka seri rumahtangga akan hilang malah mereka ini umpama bom jangka yang kita tidak tahu bila akan meletupnya.

Bila anda lihat isteri anda banyak diamkan diri, maka segera untuk ringankan mulut bertanya apa yang tidak kena pada dirinya. Kalau anda terus membiarkannya ia akan menjadi parah buat anda dan juga hubungan kalian. Sedikit perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini sememangnya banyak betulnya.



Diam seorang isteri.

Wanita sememangnya lebih banyak 'suara' berbanding lelaki, dia akan bercakap tentang apa saja yang terlintas difikirannya.

Hampir pasti akan ada sesuatu yang akan menjadi modal atau point untuk seorang wanita itu bercakap, berbicara, bersuara. Susah untuk seorang wanita itu untuk kekal berdiam diri, sebab wanita yang normal akan bercakap puluhan ribu perkataan dalam masa sehari.

Berbeza dengan lelaki, ada lelaki hanya bercakap bila perlu sahaja dan kebiasaannya lelaki bercakap direct to the point.

Namun, sekiranya seorang wanita terutamanya seorang isteri memilih untuk berdiam diri, maka itu BAHAYA!



Pasti ada sesuatu disebalik "diamnya" itu. Dia mungkin sudah penat bercakap hal yang sama, perkara yang sama setiap hari, tapi masih tiada perubahan dari hari ke hari daripada insan yang mendengarinya, lalu dia memilih untuk berdiam diri setelah "suaranya" tidak didengari pasangannya.

Adakalanya juga seorang isteri memilih untuk berdiam disebabkan ingin menahan diri. Jika disuruh bercakap, mungkin dia akan meletup dan dia tidak akan dapat mengawal diri lalu dia mungkin akan menyakiti hati orang lain dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya.

Diam seorang isteri tu sebenarnya dia sedang berusaha menenangkan dirinya sendiri, menjadikan dirinya sabar.

Fikirannya boleh jadi bercelaru, jiwanya boleh jadi berkecamuk. Dia sedang cuba mengawal perasaannya untuk elokkan kembali mood dia.



Jangan biar seorang isteri berdiam diri untuk tempoh yang lama, sekiranya kita sedar dia tidak seperti kebiasaannya, maka terus dekati dia dan tanya, kenapa dan apa yang menyebabkan dia berdiam diri, lalu cubalah untuk perbaiki. Sekiranya tiada usaha untuk mengetahui kenapa isteri memilih untuk berdiam diri, maka Jangan hairan jika satu hari nanti dia "meletup" dan akan mengeluarkan kata-kata yang bukan-bukan.

Dia juga seorang manusia yang ada hati dan perasaan. Jangan menidakkan kemahuannya untuk bersuara. Kata-katanya juga layak untuk didengari dan difahami.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen