Tak Mampu Diluahkan, Ini 13 Perkara Yang Sentiasa Bermain Difikiran Anak-Anak. Ibu Ayah Sila Ambil Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai orang tua, kita sememangnya mahu memberikan anak kita yang terbaik. Kita mahu melihat mereka ini menjadi seorang yang berguna buat ibu ayah serta adik beradik yang lain. Kita nak berbangga dengan anak kita, dimana dia mampu berjaya dunia akhirat.

Akan tetapi kita lupa perasaan mereka malah kita mengabaikan apa yang mereka rasakan. Tidak salah untuk bertindak sebagai pelindung, orang yang lebih tahu serta pembimbing yang baik, tetapi kadang kala cara yang kita gunakan itu tidak sesuai dengan mereka.



Mak ayah sememangnya tidak akan sedar akan perkara ini kerana mak dan ayah juga mengambil hasil didikan daripada atuk dan nenek, maka dengan itu apa yang telah diajar dahulu itu yang akan menjadi ajaran buat anak-anak sekarang.

Mungkin kita tak perasaan atau tidak sedar akan tetapi ini 13 pemintaan anak yang tidak pernah mereka ucapkan kepada anda.

Ada 13 permintaan ANAK yang mungkin tidak pernah mereka ucapkan :

1. Cintailah aku sepenuh hatimu.

2. Jangan marahi aku di khalayak orang ramai.

3. Jangan bandingkan aku dengan kakak, abang, adikku atau orang lain.

4. Ayah dan bonda jangan lupa, aku adalah fotocopimu.

5. Kian hari umurku kian bertambah, maka jangan selalu anggap aku anak kecil.

6. Biarkan aku mencuba, lalu beritahu aku apabila salah.

7. Jangan ungkit-ungkit kesalahanku.

8. Aku ialah Ladang Pahala bagimu.

9. Jangan memarahiku dengan mengatakan hal-hal buruk, bukankah apa yang keluar daripada mulutmu sebagai orang tua ialah doa bagiku?

10. Jangan melarangku hanya dengan mengatakan "JANGAN" tetapi berilah penjelasan kenapa aku tidak boleh melakukan sesuatu.

11. Tolong ayah ibu, jangan rosakkan mentalku dan pemikiranku dengan selalu kau bentak-bentak aku setiap hari.

12. Jangan mengheret aku ke dalam masalahmu yang tidak ada kaitannya denganku. Kau marah sama yang lain, aku imbasnya.

13. Aku ingin kau sayangi dan cintai kerana engkaulah yang ada dalam kehidupanku dan masa depanku.

"Semoga bermanfaat, bagi para orang tua dan bakal ibu bapa"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen